Skip to main content

Malaysia

Banjir kilat: Polis terima 91 laporan di Kampung Melayu Subang

Suasana penduduk setempat meredah kawasan banjir kilat ketika tinjauan di Kampung Melayu Subang pada Isnin. -fotoBERNAMA (2026)
Suasana penduduk setempat meredah kawasan banjir kilat ketika tinjauan di Kampung Melayu Subang pada Isnin. -fotoBERNAMA (2026)
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 91 laporan berkaitan kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang diterima Balai Polis Kampung Baru Subang setakat 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam kenyataan hari ini berkata banjir menjejaskan 11 kawasan di sekitar Kampung Melayu Subang dan Kampung Baru Subang susulan hujan lebat pada kira-kira 4 petang semalam. 

“Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor setakat 1 tengah hari, sebanyak 789 mangsa daripada 325 keluarga terjejas akibat banjir itu, dengan 30 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang,” katanya.

Advertisement

Mohd Hafiz berkata antara kawasan terlibat banjir ialah Jalan Jati, Jalan Bukit Badak dan Jalan Tembusu di Kampung Melayu Subang serta Jalan 4D dan Lorong 5D di Kampung Cina, Kampung Baru Subang.

“Banjir juga menjejaskan Pangsapuri Seri Nilam, Subang Permata; Jalan Merbau dan Jalan Airport Lama, Kampung Baru Subang; Jalan SP 1/8, Taman Subang Perdana; Lot 2800, Taman Setia Warisan serta Jalan Ikhlas, Desa Subang Perantau Dua,” katanya.

Advertisement

Mohd Hafiz menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan semasa dan mendapatkan maklumat sahih melalui platform rasmi susulan Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement