KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada 8.4 juta penerima yang layak dibuat secara berperingkat mulai hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata daripada keseluruhan penerima, seramai 3.6 juta merupakan isi rumah, satu juta adalah warga emas sama ada bujang atau tiada pasangan manakala 3.8 juta lagi merupakan individu bujang.
Menerusi BPR Tambahan itu, isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500, isi rumah berpendapatan RM2,501-RM5,000 (RM300), manakala warga emas berpendapatan RM5,000 dan ke bawah serta individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah menerima RM100.
"Pembayaran kepada semua penerima dibuat mulai 30 Jun hingga 2 Julai dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun.
"Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dibuat secara tunai mulai hari ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pihak bank akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kaedah pembayaran bagi penerima di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat secara tunai bersekali dengan pembayaran Fasa Tiga BPR melalui BSN dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Perbendaharaan Malaysia di kedua-dua negeri pada tarikh terdekat.
BPR adalah inisiatif bantuan tunai yang diperkenalkan kerajaan bagi memanfaatkan golongan B40 dengan pembayaran Fasa Satu dan Fasa Dua berjumlah RM4.68 bilion telah dibayar kepada 8.4 juta penerima masing-masing pada Februari serta Mei lepas.
Pada 31 Mei lepas, kerajaan mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan) bagi meredakan cabaran terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menambah baik Program BPR.
Tengku Zafrul berkata mengambil kira pembayaran Fasa Satu, Fasa Dua dan BPR Tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion, manakala jangkaan pembayaran Fasa Tiga pada September ini dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion.
"Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021

Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata daripada keseluruhan penerima, seramai 3.6 juta merupakan isi rumah, satu juta adalah warga emas sama ada bujang atau tiada pasangan manakala 3.8 juta lagi merupakan individu bujang. - Gambar fail/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bayaran BPR tambahan bermula hari ini - Tengku Zafrul
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada 8.4 juta penerima yang layak dibuat secara berperingkat mulai hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.