KUALA LUMPUR: Kuota bekalan vaksin di Sabah akan ditingkatkan kepada 792,000 dos pada Julai dan 1.1 juta dos pada Ogos.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penambahan itu akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin sekali gus mampu mencapai sasaran 30,000 suntikan sehari pada bulan depan.
Menurutnya, sekiranya bekalan vaksin tiba dalam tempoh ditetapkan, Sabah akan mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini.
"Menjelang bulan depan, kita dapat menggandakan jumlah pemberian vaksin semasa dari 12,000 dos kepada 30,000 dan 37,000 dos pada Ogos, dengan jangkaan vaksin dihantar tepat pada masa. Sabah masih mengekalkan sasaran mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini," katanya pada kenyataan pada Ahad.
Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak di Sabah yang mahu kerajaan negeri membeli vaksin bagi mempercepatkan proses imunisasi, Masidi berkata, kerajaan negeri perlu akur dengan ketetapan antarabangsa yang memberi memberi keutamaan pembelian hanya melihatkan kerajaan pusat dan syarikat pengeluar.
Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna kerajaan negeri tidak boleh membuat pembelian vaksin tetapi tempoh untuk bekalan itu sampai ke Sabah sangat lama.
"Berdasarkan protokol antarabangsa dalam mendapatkan vaksin, Kerajaan Pusat (sesebuah negara) akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan bekalan berbanding tempahan oleh kerajaan negeri dan tempahan persendirian.
"Ini bermakna, Sabah perlu menunggu giliran dan dalam tempoh menunggu itu, semua rakyat Malaysia (kemungkinan) telah menerima suntikan secara percuma. Semua pembelian dilakukan menerusi aturan 'kerajaan ke pengilang', tiada orang tengah yang terlibat," katanya
Dalam masa sama, beliau menolak dakwaan pendaftaran dalam kalangan penduduk Sabah rendah.
Sebaliknya Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memaklumkan, rata-rata penduduk di pedalaman memilih untuk mendaftar secara manual berbanding aplikasi MySejahtera.
Ujar beliau, Sabah tidak berdepan dengan masalah untuk mendapatkan orang ramai dan sukarelawan bagi membantu dalam proses pendaftaran mendapatkan suntikan. Ini kerana terdapat pasukan petugas khas di setiap daerah yang mengkoordinasi perkara itu termasuk agensi-agensi kerajaan.
Nickyson Nyambar
Sun Jun 27 2021

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Sabah masih mengekalkan sasaran mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini. -Gambar Fail

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

KL, Putrajaya capai 100 peratus sasaran pendaftaran vaksin
Lebih 1.38 juta individu di Kuala Lumpur telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin, sementara Putrajaya merekodkan 76,536 pendaftaran.

Southern Volunteers mulakan gerak kerja Fasa 2, tingkatkan pendaftaran seluruh negeri
Southern Volunteers bergerak dari rumah ke rumah, ke bandar, ke pekan dan ke desa bagi tujuan pendaftaran.

Dakyah negatif punca pendaftaran vaksin rendah di empat negeri - Amzad
Turut menyumbang kepada kadar pendaftaran rendah ialah kurangnya kemahiran menggunakan aplikasi MySejahtera.

Vaksin COVID-19: Hari terakhir untuk penduduk Sibu hantar borang permohonan
Hari ini merupakan hari terakhir untuk penduduk di Sibu mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 fasa kedua kumpulan pertama yang dijadualkan pada awal April depan.

Sarawak pergiat pendaftaran vaksin di pejabat daerah, klinik kesihatan
Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma menerusi MySejahtera hanya boleh digunakan selepas pilihan itu disediakan di dalam aplikasi tersebut.

Proses pendaftaran vaksin COVID-19 juga sebahagian daripada janji temu - Khairy
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.