BANGKOK: Seorang bekas jeneral tentera yang disabitkan bersalah dalam satu daripada kes terbesar membabitkan sindiket pemerdagangan manusia pada 2015, meninggal dunia akibat serangan jantung di Medical Correctional Hospital, Bangkok.
Bangkok Post melaporkan Leftenan Jeneral Manas Kongpan mengalami serangan jantung ketika sedang bersenam di hospital itu dan disahkan meninggal dunia pada 8 malam (waktu tempatan), Rabu.
Pada Mei 2015, Polis Malaysia mendedahkan menjumpai lebih 130 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis.
BACA: RCI Wang Kelian: Ada sindiket kenakan bayaran RM6,500 untuk masuk Malaysia
BACA: RCI Wang Kelian: Ada sindiket kenakan bayaran RM6,500 untuk masuk Malaysia
Pada 2017, sebuah mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun kepada Manas,65, atas beberapa tuduhan termasuk pemerdagangan manusia dan jenayah terancang.
Selain Manas, 62 lagi tertuduh termasuk bekas Datuk Bandar Padang Besar di wilayah selatan Songkhla, Banjong Pongphon dan seorang ahli perniagaan dan bekas pegawai pentadbiran wilayah Satun, Pajjuban Angchotephan turut disabitkan bersalah.
Pada 2019, mahkamah rayuan Thailand menambah tempoh hukuman penjara Manas dari 27 tahun kepada 82 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021

Leftenan Jeneral Manas Kongpan mengalami serangan jantung ketika sedang bersenam di hospital itu dan disahkan meninggal dunia pada 8 malam Rabu. - Gambar hiasan

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model
Mangsa menjadi sasaran selepas didakwa mempunyai "maklumat yang sangat sensitif" terhadap Durante.

Bekas jeneral Thailand terbabit sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia mati dalam penjara
Seorang bekas jeneral tentera yang disabitkan bersalah dalam satu daripada kes terbesar membabitkan sindiket pemerdagangan manusia pada 2015, meninggal dunia akibat serangan jantung.