Kementerian Pendidikan mengesahkan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor masih lagi ditutup susulan pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, 7 Mac lepas.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kesemua sekolah terbabit akan dibuka semula sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
"Sekolah di kawasan itu sudah tutup dan kita tidak ada tarikh bila dibuka semula, kita tengok (keadaan) dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Bahagian Pendidikan Swasta di Universiti MAHSA di sini, pada Sabtu.
Rabu lepas, Kementerian Pendidikan mengarahkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup susulan pencemaran sisa bahan kimia tersebut.
Langkah itu dibuat berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kawasan seluas 680 meter daripada 1.5 kilometer paling tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan membabitkan 90 pekerja bermula Rabu lepas.
Sementara itu, Maszlee meminta semua pelajar yang berada di sekitar Christchurch, New Zealand dan bandar-bandar berdekatan supaya berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch semalam.
"Setakat ini tiada pelajar kita yang terlibat dan kesemua 303 pelajar kita yang berada di Christchurch selamat.
"Kita berharap supaya pelajar kita ambil langkah berjaga-jaga dan doakan yang terbaik buat pelajar kita dan rakyat Malaysia di sana," katanya.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan semalam melaporkan dua rakyat Malaysia cedera dalam kejadian di dua masjid di Christchurch itu dan kini sedang dirawat di hospital negara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2019

Kesemua sekolah terbabit akan dibuka semula sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Bencana Kim Kim: Sekolah di Pasir Gudang masih ditutup - Maszlee
Kementerian Pendidikan mengesahkan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor masih lagi ditutup susulan pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, 7 Mac lepas.