ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Mac 2021.
1. Ekonomi Malaysia dijangka pulih suku ketiga 2021 - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 6.0 peratus pada 2021 selepas menguncup 5.8 peratus pada 2020, menyaksikan penurunan berbanding unjuran yang dibuat Bank Dunia terhadap Malaysia pada Disember 2020.
2. Kos haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya RM25,000
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan SOP norma baharu kesan daripada pandemik COVID-19.
3. Pemandu rentung dalam nahas dua lori di Lebuhraya PLUS
Seorang pemandu rentung apabila lori dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan lori tangki muatan cecair nitrogen di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi Jumaat.
4. Pengasas Sugarbook tidak hadir sebutan kes, mahkamah keluar waran tangkap
Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes dan penyerahan dokumen hari ini tanpa sebarang sebab.
5. Vaksinasi COVID-19 perlu pantas, pastikan kelangsungan ekonomi - Bank Dunia
Ketua Ekonomi, Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Aaditya Mattoo berkata terdapat negara yang memperoleh vaksin, namun proses suntikan berjalan perlahan sementara banyak negara kaya bertindak membeli dan menyimpan bekalan vaksin.
6. COVID-19: 1,275 jangkitan baharu, kes sembuh 1,509
Sebanyak 1,275 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 339,443 kes.
7. Guru dipanggil polis kes tular campak kanak-kanak
Polis memanggil seorang guru untuk direkod keterangan hari ini, berhubung isu video tular yang memaparkan wanita itu mencampak seorang kanak-kanak yang juga pelajarnya ketika sesi pembelajaran.
8. Penangguhan Undi18: Beri alasan munasabah atau letak jawatan - Asyraf Wajdi
Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan sebab yang munasabah susulan penangguhan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 dan tidak menjadikan pandemik COVID-19 sebagai trend alasan.
9. Dua kereta api bertembung di Mesir, 32 maut, 66 lagi cedera
Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di bandar Sohag, Mesir pada Jumaat.
10. Isu kartel masalah dalaman PDRM, SPRM tidak masuk campur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang masuk campur dalam isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia masalah dalaman pasukan itu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Astro Awani
Fri Mar 26 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Mac 2021.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Bumbung pusat dialisis hospital lati runtuh
Bumbung pusat dialisis Hospital Lati, Pasir Mas, runtuh secara tiba-tiba tengah malam tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Siasatan awal diserahkan kepada JKR untuk tindakan lanjut.
Pembantu kanan Trump pertahan cadangan Gaza
Pembantu kanan Presiden Donald Trump mempertahankan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan membenarkan Amerika Syarikat mengambil alih wilayah yang musnah akibat perang.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.