ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Mac 2021.
1. Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.
2. Rentas negeri sempena Aidilfitri? Kerajaan sedang teliti - Muhyiddin
Kerajaan akan meneliti untuk membenarkan aktiviti rentas negeri dan ziarah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun, keputusan itu bergantung kepada situasi semasa kes harian COVID-19.
3. PAU2020: PH gagal, PN tak cekap, tiba masa BN kembali dalam PRU15 - Tok Mat
UMNO perlu mengambil kesempatan mengetengahkan semula Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
4. Vincent Tan mahu dermakan sebahagian harta untuk tujuan amal
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan separuh hartanya untuk tujuan amal apabila beliau meninggal dunia kelak dan berharap perkara sama dilakukan oleh rakyat Malaysia berusia 70 ke atas yang kaya-raya.
5. Undi18: Halangan pada SPR, bukan PN - Muhyiddin
Halangan pelaksanaan undi 18 tahun (Undi18) bukan diputuskan Perikatan Nasional (PN), tetapi ia menjadi kekangan yang dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
6. Hubungan Pas Kelantan dengan UMNO, Bersatu diputus pusat - Tuan Ibrahim
Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing-masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
7. COVID-19: 1,199 kes baharu, Selangor masih tertinggi - Dr Noor Hisham
Sebanyak 1,199 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 340,642. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada angka tersebut, lima merupakan kes import iaitu dua dari warganegara dan bakinya bukan.
8. Bukan UMNO yang mungkir janji, terpulang Pas jika ingin bersama - Tajuddin
UMNO memberi jaminan tidak akan mungkir janji untuk bersama Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
9. Tun Faisal digantung keahlian UMNO 6 tahun
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian dalam parti selama enam tahun.
10. Kes tembak PGA: PDRM akan ekstradisi tiga suspek warga Thailand - KPN
Ketua Polis Negara menjelaskan pihaknya sedang berusaha mengekstradisi tiga suspek warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, November tahun lalu.
Astro Awani
Sat Mar 27 2021

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Mac 2021.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.