Masanya sudah tiba untuk bertindak secara proaktif melindungi tenggiling Sunda, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.
Memandangkan Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) di bawah kementeriannya, beliau menyokong penuh dan menghargai segala usaha untuk melindungi tenggiling Sunda.
Beliau menyarankan Formula 3E untuk memerangi pemburuan dan pembunuhan kejam tenggiling di Sabah.
Christina berkata E yang pertama untuk memberi kuasa kepada pemegang taruh yang melindungi mamalia ini dan E yang kedua adalah penguatkuasaan undang-undang terhadap pelaku tindakan kejam itu.
Katanya, E yang ketiga adalah untuk mendidik orang ramai untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi tenggiling.
"Dalam hal ini saya mengiktiraf sumbangan Elisa Panjang, pakar tenggiling tempatan dari Sandakan, terutama peranan beliau dalam membangunkan program pendidikan yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang awam dalam usaha untuk mengekang kehilangan besar mamalia ini," katanya pada Majlis Makan Malam Gala sempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia-Sabah di sini Sabtu malam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga dan Peter Chan, penaja utama majlis makan malam gala itu.
BACA: Masyarakat main peranan penting lindungi tenggiling dari pemburuan haram
Christina berkata terdapat segelintir yang memburu tenggiling secara serius, menyumbang kepada kepupusan haiwan mamalia yang tidak berbahaya ini.
Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyerbu restoran yang menyajikan daging tenggiling kepada pelancong dan mengalu-alukan maklumat orang ramai yang sedar mengenai kepentingan memelihara haiwan itu.
Pada masa sama, beliau mengingatkan orang awam bahawa tenggiling kini dikategorikan di bawah Bahagian 1, Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
"Ini bermakna ia tidak boleh diburu, memakan, memiliki atau menjual tenggiling atau bahagiannya, dan pesalah boleh berdepan hukuman maksimum jika disabitkan kesalahan.
"Dengan kata lain, tenggiling disenaraikan sebagai haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen. Penyeludup tenggiling Sunda Sabah boleh didenda tidak kurang RM50,000 serta tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak kurang daripada setahun tetapi tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," kata beliau.
BACA: Lelaki tempatan ditahan miliki tenggiling hidup di Kota Belud
Christina berkata baru-baru ini, polis Sabah menumpaskan sindiket haram penyeludupan tenggiling hidup, pemprosesan daging serta kulit tenggiling bernilai RM8.4 juta.
Beliau berkata polis menahan dalang pemerdagangan haram hidupan liar dilindungi itu dan menyerbu sebuah gudang di Tamparuli dan merampas barangan antaranya 361 kilogram sisik tenggiling, 572 tenggiling beku dan tiga kontena berisi 1,860 kotak tenggiling beku.
"Ia sangat mengejutkan. Oleh itu rakyat Sabah perlu bangkit dan mengekang masalah pemburuan secara haram tenggiling dan perdagangan haram hidupan liar," kata Christina.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 16 2019

Polis melakukan pemeriksaan terhadap daging tenggiling yang berjaya dirampas dalam tiga buah kontena sejuk penuh dengan 1,860 kotak berisi daging tenggiling beku bernilai kira-kira RM8.4 juta di sebuah gudang di Tamparuli baru-baru ini. - Gambar fail

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat keselamatan produk Gummy bentuk mata
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung keselamatan produk gula-gula gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Pulau Sibuan dibuka semula Rabu ini
Bom lama atau unexploded ordnance (UXO) itu berjaya dimusnahkan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia pada Sabtu lepas.

Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.

Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.

Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.

Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.

Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.

Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.

Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.

Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.

Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.