Skip to main content

Malaysia

Bilik guru Sekolah Rendah Islam Ar Rahmah terbakar 15 peratus

Kebakaran melibatkan bilik guru dan peralatan dengan anggaran 15 peratus terbakar. - Foto BERNAMA
Kebakaran melibatkan bilik guru dan peralatan dengan anggaran 15 peratus terbakar. - Foto BERNAMA

Advertisement

MELAKA: Bilik guru dan peralatan di Sekolah Rendah Islam Ar Rahmah, Solok Gaung di sini terbakar kira-kira 15 peratus dalam satu kejadian, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.21 pagi.

“Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil digerakkan ke lokasi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah bangunan sekolah jenis kekal berkeluasan 40x200 kaki persegi.

“Kebakaran melibatkan bilik guru dan peralatan dengan anggaran 15 peratus terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hafidzatullah berkata api berjaya dipadamkan pada 8.01 pagi dan operasi ditamatkan pada 8.37 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement