Skip to main content

Malaysia

BN berupaya menang majoriti 2/3

51357691046_295x200.jpg
51357691046_295x200.jpg

Advertisement

Barisan Nasional (BN) berupaya mencapai kemenangan majoriti 2/3 pada Pilihanraya Umum PRU ke-13.

Menurut pengerusi biro publisiti dan penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, kejayaan itu dapat dicapai sekiranya  jentera parti komited.

Katanya, pelbagai dasar dan transformasi yang dilaksanakan kerajaan turut membantu usaha itu.

"Kami biro penerangan berpandangan tsunami politik itu sudah berhenti. Tsunami politik di negara Malaysia ini sudah berhenti. Kerana apa, siapa yang menghentikan? Yang menghentikan ialah dasar-dasar kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib sekarang."

Bagi merealisasi kemenangan pada pilihan raya akan datang, ia meletak  sasaran.

Beliau berkata demikian  selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Publisiti dan Penerangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Must Watch Video

Advertisement