Seorang pemandu lori tangki ditahan disyaki terbabit dalam pembuangan sisa industri secara haram di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann, Klang, dekat sini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor pada jam 4.30 petang Isnin.
Beliau berkata polis turut merampas lori tangki yang dipercayai digunakan untuk membawa sisa industri berkenaan untuk dibuang.
"Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima tempahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan kerja pembuangan sisa berkenaan dan semakan rekod mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 277 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata kerja-kerja pembersihan kolam berkenaan telah selesai semalam.
Sebanyak 28,000 liter sisa industri berkenaan telah kumpul dan disimpan di dalam tangki simpanan sementara sebelum dilupuskan mengikut kaedah yang sesuai.
Pada Khamis lepas, sebanyak 21 bahan dari sisa industri dikesan dibuang ke dalam kolam itu sehingga membawa kepada pencemaran kolam tadahan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2019

Suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor pada jam 4.30 petang Isnin.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kanak-kanak autistik ditemukan lemas di kolam tadahan
Mangsa ditemukan oleh orang awam yang sedang memancing pada kira-kira 7 malam.

Buang sisa industri di Klang, pemandu lori ditahan
Seorang pemandu lori tangki ditahan disyaki terbabit dalam pembuangan sisa industri secara haram di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann, Klang, dekat sini, minggu lalu.