Seramai 12 graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya ditawarkan kerja di Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Menurut Pensyarah Kejuruteraan Aeronautik UTHM, Dr Kamilah Yusuf, kesemua mereka berjaya dalam temuduga yang ditetapkan kerana ilmu yang mendalam serta kefahaman tinggi mengenai kejuruteraan pesawat.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar kami sekali gus menjadikan mereka bukan sahaja mampu mengendalikan pesawat, tetapi juga faham mengenai kejuruteraan pesawat itu sendiri," katanya.
Pada masa yang sama katanya, modul pembelajaran yang digariskan bertepatan dengan kehendak industri mendorong mahasiswa sentiasa di hadapan dan tidak ketinggalan dengan arus perubahan dalam sektor penerbangan awam.
Kesemua mereka merupakan lulusan Program Kejuruteraan Aeronautik UTHM di bawah dua jabatan iaitu Kejuruteraan Aeronautik Penerbangan Profesional dan Kejuruteraan Aeronautik Penyelenggaraan Pesawat.
_________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers , Anbia Adam dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Awani Rangers UTHM
Mon Dec 25 2017
![Bukan saja ijazah kejuruteraan, tetapi juga lesen juruterbang! Bukan saja ijazah kejuruteraan, tetapi juga lesen juruterbang!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81514197077_UTHM.jpg)
KAMILAH - Inilah program pertama seumpamanya di Asia - Foto Awani Rangers UTHM
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![UTHM galak penglibatan pelajar pasca siswazah sertai MPP UTHM galak penglibatan pelajar pasca siswazah sertai MPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549256696_UTHM.jpg)
UTHM galak penglibatan pelajar pasca siswazah sertai MPP
Penyertaan ini bakal memberikan impak positif kepada kepimpinan pelajar di UTHM.
!['Misi balas dendam' Polis Batu Pahat 'Misi balas dendam' Polis Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51522322034_PolisbatuPahat.jpg)
'Misi balas dendam' Polis Batu Pahat
Kegagalan lampau langsung tidak melemahkan semangat pasukan bola jaring IPD Batu Pahat.
![#AWANIrangers: Aksi tiga beradik di final Liga Bola Sepak Sri Gading jadi tumpuan #AWANIrangers: Aksi tiga beradik di final Liga Bola Sepak Sri Gading jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520702806_ligabolasepak.jpg)
#AWANIrangers: Aksi tiga beradik di final Liga Bola Sepak Sri Gading jadi tumpuan
Di sebalik kemenangan ini, pasukan Tongkang Armada FC ini telah membariskan tiga beradik dan dua daripadanya adalah pelajar UTHM
![#AWANIrangers: Mahu maju beradab cara Jepun #AWANIrangers: Mahu maju beradab cara Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520703076_AWANIRangers.jpg)
#AWANIrangers: Mahu maju beradab cara Jepun
Malaysia juga mampu menjadi hebat seperti negara Jepun bukan sahaja dari segi teknologi, tapi juga dari segi budaya dan peradaban yang tinggi.
![UTHM bekerjasama bantu pembangunan sukan sepak takraw UTHM bekerjasama bantu pembangunan sukan sepak takraw](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518079891_awaniRAngertakraw.jpg)
UTHM bekerjasama bantu pembangunan sukan sepak takraw
Knowledge Transfer Programme dalam Program Pembangunan Sepak Takraw Rengit -UTHM untuk merancakkan pembangunan peringkat akar umbi
![Bukan saja ijazah kejuruteraan, tetapi juga lesen juruterbang! Bukan saja ijazah kejuruteraan, tetapi juga lesen juruterbang!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81514197077_UTHM.jpg)
Bukan saja ijazah kejuruteraan, tetapi juga lesen juruterbang!
Graduan UTHM antara yang paling laris kerana program yang digariskan menepati kehendak industri penerbangan semasa