PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan supaya para ibu yang bersalin di hospital diberikan suntikan vaksin COVID-19 sebelum pulang ke rumah.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, langkah itu bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin, namun perlu berdasarkan nasihat daripada pakar.
"Saya nak cadangkan agar ibu-ibu selepas bersalin dapat diberikan vaksin di hospital sekiranya bersesuaian...maknanya, tidak perlu balik ke rumah dan kena datang semula ke PPV (pusat pemberian vaksin) untuk dapatkan vaksin.
"Namun, semuanya bergantung kepada pakar sekiranya dirasakan sesuai berbuat demikian," katanya selepas meninjau proses vaksinasi ibu mengandung di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.
Seramai 2,600 wanita hamil dijangka menerima suntikan vaksin di PPV itu hari ini.
Terdahulu, beliau serta Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan ke PPV berkenaan.
Menurut Rina, hampir 110,000 wanita hamil telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui MySejahtera dan setakat ini, seramai 11,000 individu telah mendapat janji temu.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar pengasuh kanak-kanak diberikan vaksinasi menerusi 49 Klinik Nur Sejahtera, sekali gus menjadikan klinik berkenaan sebagai PPV khusus kepada kumpulan itu.
Mengenai vaksinasi orang kurang upaya (OKU) pula, Rina berkata, pendaftaran dalam kalangan itu masih pada tahap rendah dengan 280,000 individu OKU telah berdaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"KPWKM akan memantau perkara ini kerana kita ada senarai OKU yang berdaftar dengan pihak kementerian dan kita akan buat tindakan seterusnya agar mereka bukan sahaja didaftarkan tetapi juga menerima vaksin secepat mungkin," katanya.
Rina berkata, kementerian turut mengadakan perbincangan dengan syarikat e-hailing bagi membantu memudahkan golongan OKU yang tidak mempunyai kemudahan untuk bergerak keluar.
Selain PPV pandu lalu pertama untuk kumpulan OKU di Menara Sime Darby Plantation di Ara Damansara, beliau berkata, kementerian akan memperluaskan PPV seumpama itu di negeri-negeri lain bagi kumpulan sasar. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021

Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri) beramah mesra bersama salah seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Pyramid Convention Center pada Ahad. - Gambar BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.

Keadaan penyakit berkaitan NCD antara punca utama kematian ibu bersalin
Antara ibu dengan keadaan perubatan berkaitan, lebih 50 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Kerajaan negeri komited laksana program bantu ibu atasi tekanan bersalin
Ia membantu memastikan tahap kesihatan mental ibu sentiasa dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan dan selepas melahirkan.

Sebak dengar tangisan bayi! Jiran bantu selamatkan ibu bersalin dalam banjir
Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir

Suami, keluarga terdekat boleh teman ibu bersalin bermula 4 Okt - Dr Noor Hisham
Berkuat kuasa 4 Okt ini, KKM membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat yang lengkap menerima dos vaksin COVID-19 untuk menemani ibu hamil semasa bersalin.

Cadangan ibu divaksin selepas bersalin di hospital - Rina
Langkah itu bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin, namun perlu berdasarkan nasihat daripada pakar.