Polis memberi jaminan bahawa destinasi pelancongan Cameron Highlands berada dalam keadaan aman dan selamat untuk dikunjungi.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, dakwaan kononnya berlaku kekecohan dan kekacauan di kawasan pertanian tanah tinggi itu ekoran pelaksanaan Op Lestari 2 sejak 16 Disember lalu, seperti digambarkan di laman sosial adalah tidak benar.
Abd Jalil berkata, polis melaksanakan tugas meleraikan tunjuk perasaan yang dipercayai melibatkan 200 orang pada Isnin lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan undang-undang.
"Pihak polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah bertanggungjawab membantu Pejabat Daerah dan Tanah daerah itu yang perlu membersihkan kawasan yang dicerobohi menggunakan kaedah paling minimum dan terbaik.
"Kita juga menerima jaminan daripada kerajaan negeri Pahang bahawa tindakan dibuat mengikut undang-undang yang ditetapkan termasuk telah memberikan tempoh masa kepada pengusaha kebun haram terlibat untuk mengosongkan kawasan sebelum tindakan diambil," katanya.
Abd Jalil berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Pengusaha-pengusaha Bas Sekolah dari sekitar Kuantan, Pekan dan Maran di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di sini, hari ini.
Beliau memaklumkan tujuh individu termasuk dua ahli politik yang ditahan dalam tunjuk perasaan itu juga telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan pada hari yang sama.
"Kita juga sahkan tiada tangkapan terhadap kanak-kanak dibuat pada hari tersebut dan gambar-gambar yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar. Cameron Highlands masih selamat untuk pelancong," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019
Cameron Highlands masih menjadi destinasi pelancongan yang aman dan selamat untuk dikunjungi, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan. - Gambar hiasan
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
AWANI Ringkas: SPRM: Integrasi AI dalam operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.