Aplikasi mudah alih, Price Catcher, yang memaparkan maklumat harga lebih 400 barangan keperluan pengguna, kini dikemaskini dengan ciri-ciri terbaru bagi membantu pengguna merancang perbelanjaan.
Antara ciri terkini yang dibangunkan adalah seperti kemudahan perkongsian maklumat carian harga melalui media sosial dan hebahan mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan lain.
Melancarkan kemaskini terbaru aplikasi itu di sini pada Selasa, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata maklumat harga di aplikasi itu dikumpulkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) kementerian secara harian, mingguan dan bulanan.
Antara ciri yang dimiliki aplikasi itu, inisiatif kerajaan sejak November 2017, adalah carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan; fungsi mengesan lokasi; perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan.
Terdapat juga pandu arah ke arah premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.
"Price Catcher ini diharap dapat membantu pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan, selain menggalakkan peniaga beretika dan meletakkan harga yang munasabah," kata Saifuddin di KPDNHEP.
Katanya, memandangkan premis perniagaan di sekitar kawasan yang sama menawarkan barang yang sama tetapi pada harga berbeza, aplikasi itu dapat membantu pengguna menjimatkan masa dan kos dalam membuat perbandingan.
"Seterusnya, pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan," tambahnya.
Saifuddin menyarankan pengguna, termasuk anggota Friends of KPDNHEP (FOK) agar turut berkongsi harga yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna lain seperti harga promosi.
Sementara itu, peniaga digalakkan menggunakan platform Price Catcher untuk menghebahkan promosi yang dibuat.
Maklum balas dan cadangan penambahbaikan boleh dikemukakan melalui emel kepada [email protected] atau komen melalui laman rasmi media sosial KPDNHEP di Facebook, Instagram dan Twitter.
Astro Awani
Tue Mar 19 2019
![Ciri terbaharu Price Catcher bantu pengguna rancang perbelanjaan Ciri terbaharu Price Catcher bantu pengguna rancang perbelanjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553034711_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin (tiga, kiri) melancarkan kemas kini terkini aplikasi Price Catcher pada Majlis Perhimpunan Bulan Mac 2019 di kementeriannya di Putrajaya, 19 Mac, 2019. --fotoBERNAMA
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738294108_GooglePhotosMenterba.jpg)
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
![Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737862742_pengesahanidentiti.jpg)
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
![Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734426108_TBgoogleplay.jpg)
Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.
![Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723613679_Google.jpg)
Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan
Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.
![Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731643773_ArcSearch.jpg)
Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina
Arc Search turut terkenal sebagai pelayar web yang mempunyai penghalang iklan yang cukup agresif dan stabil.
![Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025 Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730427677_Android.jpg)
Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.
![HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715416413_HarmonyOSNEXT.jpg)
HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.
![Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727757416_GoogleLens.jpg)
Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.
![Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724642381_ARC.jpg)
Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android
Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.
![Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724385640_GoogleEssentials.jpg)
Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows
Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.