Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 25 kluster baharu dikesan, 20 babit tempat kerja

71622370306_sidangmediaDGNoo.jpg
71622370306_sidangmediaDGNoo.jpg

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kluster COVID-19 baharu dikesan melibatkan tempat kerja, komuniti dan pendidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster tempat kerja masih menjadi yang tertinggi dengan 20 diikuti, komuniti (empat) dan pendidikan (satu).

Semua kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.

Berikut adalah perincian kluster terbabit:

Kluster Industri Jalan Balakong Impian (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Hulu Langat.
  • Sehingga kini sebanyak sembilan kes positif dicatatkan daripada 20 ujian saringan.
Kluster Industri Jalan Utarid U5 (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Petaling, Gombak, Kuala Selangor dan Klang.
  • Sebanyak 73 kes positif dilaporkan sehingga kini daripada 87 saringan.
Kluster Industri Solok Waja Dua (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Klang
  • Sebanyak 32 kes positif dicatatkan sehingga kini daripada 41 saringan.
Kluster Industri Batu Empat Sungai Pelek (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Sepang 
  • Sebanyak 21 kes positif dikesan setakat ini.
Kluster Industri Kilometer 15 (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Kuala Langat dan Klang.
  • Sebanyak 35 kes positif dikesan.
Kluster Industri Jalan KB15 (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat.
  • Sebanyak 24 kes dikesan setakat ini.
Kluster Jalan Ho Koon Suan (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Muar.
  • Sebanyak 11 kes dikesan positif.
Kluster Jalan Masyhur Empat (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Johor Bahru.
  • Sebanyak 20 kes dilaporkan.
Kluster Jalan Seri Alam (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Johor Bahru.
  • Sebanyak 9 kes dicatatkan dalam lokaliti ini.
Kluster Jalan Teluk Sengat (Tempat kerja)
  • Kluster ini melibat daerah Kota Tinggi.
  • Sebanyak 12 kes positif dicatatkan daripada 133 ujian saringan.
Kluster Jalan Pamol (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Kluang, Johor.
  • Sebanyak 14 kes positif dicatatkan daripada 178 ujian saringan.
Kluster Dah Industri Desa (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Kuala Muda, Kedah.
  • Sebanyak 13 kes positif dicatatkan daripada 79 ujian saringan.
Kluster Dah Industri Desa Hitam (Tempat kerja) 
  • Melibatkan daerah Kubang Pasu, Kedah.
  • Sebanyak 11 kes positif dicatatkan daripada 82 ujian saringan.
Kluster Dah Industri Bakar (Tempat kerja) 
  • Melibatkan daerah Kuala Muda, Baling, Sik dan Yan.
  • Sebanyak 33 kes positif dikesan daripada 426 ujian saringan.
Kluster Dah Segar Indah (Tempat kerja) 
  • Melibatkan daerah Langkawi di Kedah.
  • Sebanyak 20 kes positif dicatatkan daripada 147 ujian saringan.
Kluster Lorong Industri Tujuh (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
  • Sebanyak 21 kes daripada 96 ujian saringan.
Kluster Tapak Bina Jalan Gelugor (Tempat kerja) 
  • Melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
  • Sebanyak 28 kes dicatatkan daripada 375 ujian saringan.
Kluster Sawai Niah (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Subis dan Miri, Sarawak.
  • Sebanyak 32 kes dicatatkan daripada 375 ujian saringan.
Kluster Pondok Batu Lapan (Tempat kerja)
  • Melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
  • Sebanyak 58 kes dicatatkan daripada 76 ujian saringan.
Kluster Jalan Kidurong Empat (Komuniti) 
  • Melibatkan daerah Bintulu, Sarawak. 
  • Sebanyak 18 kes dicatatkan daripada 43 ujian saringan. 
Kluster Tanjong Ketom (Komuniti) 
  • Melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu.
  • Sebanyak 43 kes dicatatkan daripada 666 ujian saringan.
Kluster Bari (Komuniti)
  • Melibatkan daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Sebanyak 47 kes dicatatkan daripada 150 ujian saringan.
Kluster Bukit Godek (Komuniti)
  • Melibatkan daerah Melaka Tengah, Melaka.
  • Sebanyak 30 kes dicatatkan daripada 66 ujian saringan.
Kluster Taman Midah (Pendidikan)
  • Melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur.
  • Sebanyak 12 kes dicatatkan daripada 38 ujian saringan.

Must Watch Video

Advertisement