Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 7 lagi lokaliti dikenakan PKPD di Johor, Sarawak, Sabah

51622983550_PKPDP.jpg
51622983550_PKPDP.jpg

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipeketatkan (PKPD) di tujuh lagi lokaliti di Johor, Sarawak dan Sabah bermula 16 hingga 29 Jun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah bagi menyekat pergerakan dan penularan COVID-19 dari kawasan-kawasan berisiko itu.

Berikut adalah  lokaliti itu:

1. Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor
  • Secara kumulatifnya, seramai 128 individu telah disahkan positif COVID19 selepas KKM menjalankan ujian saringan ke atas 237 penghuni dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti itu. 
2. Dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah, Sarawak
  • Melibatkan Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.
     
  • Sehingga kini, sebanyak 31 kes positif telah dilaporkan hasil daripada 70 ujian saringan di Rumah Panjang Alat anak Mukan manakala di Mukah Palm Oil Mill, 14 individu disaring, 10 daripadanya direkodkan positif COVID-19.
3. Kampung Sundang Laut, Sandakan, Sabah
  • KKM telah melakukan 18 saringan dan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19. Saringan komuniti perlu dijalankan segera untuk mengesan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin.
4.  Dua lokaliti di Penampang, Sabah
  • KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila sebanyak 18 kes positif telah direkodkan daripada 25 disaring di Country Heights Apartment dan 14 kes positif di Vista Minintod Apartment hasil saringan ke atas 21 orang.
5. Kampung Skim Cocos, Kunak, Sabah
  • KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang ketara dalam tempoh seminggu di lokaliti tersebut di mana 10 kes positif telah direkodkan dari 24 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 42 peratus. 


Must Watch Video

Advertisement