PUTRAJAYA: Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula esok.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, ini berikutan 99 peratus daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu.
"Sukacita saya maklumkan 99 peratus daripada warga emas dan OKU di Kuala Lumpur sudah menerima sekurang-kurangkan dos pertama serta 88 peratus di Selangor.
"Oleh yang demikian saya membuat keputusan, fasa ketiga di Lembah Klang akan bermula esok iaitu Isnin," katanya pada sidang media bersama dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu Khairy turut menjelaskan, sekiranya warga emas yang belum mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sebelum ini, namun baharu mendaftar ketika memasuki fasa ketiga, maka mereka akan didahulukan dalam senarai vaksinasi.
"Ini bermakna vaksinasi akan dilakukan secara serentak, kita tidak akan mengambil vaksin yang diperuntukkan kepada warga emas, sebaliknya kita memang ada tambahan vaksin untuk fasa ketiga," ujarnya.
Namun begitu beliau memaklumkan, beberapa daerah seperti Putrajaya yang mana telah melengkapkan vaksinasi kepada golongan warga emas dan OKU, sudah memasuki fasa ketiga beberapa minggu yang lalu.
Khairy turut memaklumkan, mana-mana negeri yang sudah melengkapkan hampir 90 peratus fasa kedua boleh memasuki fasa ketiga.
Umavathi Ramayah
Sun Jun 20 2021

Khairy Jamaluddin menjelaskan, 99 peratus daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu. - Gambar fail/BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.

MOTAC fokus rancakkan industri acara perniagaan dalam PPN - Nancy
Ia selaras dengan pengumuman kerajaan yang membuka semula sektor pelancongan domestik pada fasa ketiga dalam PPN.

COVID-19: Suntikan vaksin fasa ketiga bermula Isnin - Khairy
Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula esok.

India rekod 4,529 lagi kematian, tertinggi dalam tempoh 24 jam
Lebih daripada 185 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di seluruh negara sejak India memulakan usaha vaksinasi di seluruh negara

Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April - Khairy
Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang membabitkan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan yang mempunyai penyakit kronik akan bermula 19 April ini.

COVID-19: Jawatankuasa pakar Singapura syor liputan vaksin tahap maksimum
Saranan itu dibuat ketika Singapura dilihat berjaya dalam mengendalikan virus tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada terdapat keperluan mengambil suntikan vaksin.

17 vaksin COVID-19 masuk fasa kedua ujian - WHO
WHO menyambut baik perkembangan ujian vaksin terhadap virus berbahaya itu, namun masih belum dapat dipastikan bila keputusan klinikal akan diumumkan.

Tokyo memasuki fasa kedua kelonggaran perintah berkurung
Amaran tersebut ditarik semula kira-kira 10 hari selepas ia diumum pada 2 Jun sebaik melihat kes harian cuma catat peningkatan dari 13 ke 34.

Pembayaran fasa ketiga BSH mulai 28 Ogos
Ia melibatkan hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.