Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu menjangkakan kes kebakaran hutan di negeri ini akan terus meningkat ekoran fenomena cuaca panas yang melanda.
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, bagi sembilan hari pertama bulan ini, sebanyak 65 kes kebakaran terbuka, termasuk hutan, tanah gambut dan belukar, telah direkodkan.
Menurutnya, dalam tempoh itu juga, kawasan seluas 41 hektar telah turut musnah.
"Daerah Kemaman mencatatkan indeks yang tinggi dari segi jumlah kebakaran. Yang kedua adalah Dungun, ketiga di daerah baru, iaitu Kuala Nerus dan juga daerah Kuala Terengganu sendiri.
"Kita melihat empat daerah di negeri Terengganu telah mencatatkan satu indeks tertinggi, menerusi panggilan kebakaran, yang melibatkan gambut, belukar, di seluruh negeri Terengganu," katanya.
Sharikan berkata, faktor manusia juga merupakan antara penyumbang kepada kebakaran hutan, serta individu yang menjalankan aktiviti pembersihan ladang dan sebagainya.
Jelasnya, perbuatan membuang puntung rokok juga menyebabkan laluan di tepi jalan turut terjejas.
Astro Awani
Sun Mar 10 2019

Empat daerah di Terengganu mencatatkan indeks tertinggi dari segi jumlah kebakaran yang dilaporkan, melibatkan tanah gambut dan belukar. - Astro AWANI
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.
BPMB sedia pembiayaan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
Pemberhentian Khalijah tidak jejas keyakinan pelabur, pemegang taruh
Dalam pada itu, Datuk Khairussaleh berkata, penamatan khidmat Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank Khalijah Ismail tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pemegang taruh.
Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Rangka manusia ditemukan dalam belukar
Siasatan awal kita bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berlaku di sebalik penemuan rangka manusia itu.

61 hotspot kebakaran termasuk perkuburan dikenal pasti di Pulau Pinang
Sejak Januari hingga 11 Mac lepas, pihaknya menerima 680 laporan kebakaran akibat pembakaran terbuka.

Penjenayah dikehendaki ditemui mati ditetak
Mangsa yang berusia 34 tahun dikenal pasti mempunyai 12 rekod jenayah lampau, termasuk dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Australia gunakan kapal terbang 'jatuhkan' makanan untuk haiwan liar
Kerajaan New South Wales menjatuhkan makanan untuk memastikan haiwan terkandas tidak kekurangan sumber makanan.

Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, bagi sembilan hari pertama bulan ini, sebanyak 65 kes kebakaran terbuka, termasuk hutan, tanah gambut dan belukar, telah direkodkan.

Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.

Kemarau punca kebakaran di utara - Bomba Kedah
Kemarau yang melanda di utara kebelakangan ini telah mengakibatkan kebakaran di beberapa kawasan terbuka seperti lalang, belukar dan tapak pembuangan sampah.

Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menerima 32 panggilan mengenai kebakaran hutan dan belukar pada Sabtu.