Dakwaan pembalakan berdasarkan gambar serta video memaparkan sebuah lori dan bot tunda dengan muatan balak di kawasan Sungai Pegagau di sini akan disiasat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya jika benar berlaku, aktiviti itu adalah salah di sisi undang-undang memandangkan selepas Sabah ditadbir kerajaan baharu, tiada syarikat konsesi diberikan hak eksport berkaitan kayu balak di negeri tersebut.
"Kes di Pegagau ini kita akan siasat siapa yang bagi lesen, kita akan tengok dari segi kebenarannya.
"Jika ada pun (pembalakan), itu pemerintahan dahulu (Barisan Nasional), konsesi mereka yang dibagi dahulu dan kebetulan berlaku (di Semporna)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersempena Tahun Baharu Cina di kediaman Uncle Chang di sini, hari ini.
Shafie mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah Ghazalie Ansing yang menuntut penjelasan kerajaan negeri berkaitan gambar lori dan bot tunda yang dipenuhi kayu balak di jeti Sungai Pegagau di sini.
Gambar itu dimuat naik oleh Ghazalie menerusi akaun Facebooknya hari ini dan tular.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri hanya membenarkan Yayasan Sabah menguruskan hal ehwal berkaitan kayu balak di Sabah.
"Saya tidak pernah bagi lesen kepada mana-mana pihak dan kalau ada (syarikat) konsesi balak kita bagi dengan Yayasan Sabah kerana saya mahu yayasan mempunyai duit dan hasilnya kita bantu anak-anak belajar bukan hanya sekolah dalam negara tetapi di luar negara," katanya.
Tegasnya kerajaan negeri juga sudah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Perhutanan Sabah agar melakukan siasatan berhubung sebarang kegiatan pembalakan haram di seluruh negeri.
"Misalnya, saya tahu bila pergi Nabawan menaiki helikopter (ternampak) kayu balak di atas bukit, saya terus bagi arahan pada Jabatan Perhutanan siasat berkaitan pembalakan haram ini," katanya.
Pada masa sama beliau menyifatkan tindakan pembangkang memainkan isu tersebut sebagai perkara biasa dalam politik.
Terdahulu Mohd Shafie meluangkan masa bersama jentera Parti Warisan Sabah Bahagian Semporna menyerahkan sumbangan limau mandarin kepada premis-premis perniagaan di pekan Semporna di samping mengunjungi rumah-rumah masyarakat cina.
Bernama
Thu Feb 07 2019

SHAFIE: Kes di Pegagau ini kita akan siasat siapa yang bagi lesen, kita akan tengok dari segi kebenarannya. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura
Seorang lelaki berusia 39 tahun maut manakala seorang lagi hilang selepas bot tunda yang mereka naiki karam di Eastern Anchorage.

Bot tunda ditahan di Pulau Burung Labuan
Bot tunda itu dikendalikan oleh tujuh kru dan kesemuanya mereka warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.

Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 0.3 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi tadi.

Bekas pengarah syarikat didenda RM6,000 guna radio marin tidak diakui
Perbuatan itu terbongkar selepas pasukan polis marin melakukan operasi di sekitar perairan Tanjung Gemok (Teluk Gading) di Rompin pada hari kejadian.

Bot tunda dari Singapura ditahan, gagal pamer insurans, tiada kebenaran bersauh
Bot tunda itu ditahan dalam satu operasi di kedudukan 5.5 batu nautika timur Tanjung Penawar pada jam 8.45 pagi.

Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang
Bot tunda berserta tongkang dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Bangladesh dan tiga warga Indonesia.

Mayat jaket merah ditemui terapung
Mayat berkenaan ditemui terapung penduduk setempat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang
Dalam kejadian membabitan bot nelayan kira-kira jam 4 pagi itu, dua mangsa dilaporkan selamat, manakala dua lagi masih hilang.

Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang
Dia berenang selama lebih tujuh jam untuk sebelum ternampak tongkang yang sebelum itu ditunda oleh bot mereka yang dihanyutkan ombak.

Dakwaan pembalakan di Semporna akan disiasat - Shafie
Tiada syarikat konsesi diberikan hak eksport berkaitan kayu balak di negeri tersebut.