Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli kekal bebas daripada pertuduhan mendedahkan butiran sulit perbankan berkaitan dengan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) selepas Pendakwa Raya menarik balik rayuan terhadap pembebasannya.
Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar memaklumkan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam bahawa pihak pendakwaan juga menarik balik rayuan terhadap pembebasan bekas kerani bank, Johari Mohamad daripada pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rafizi.
Beliau berkata pihak pendakwaan memfailkan notis penarikan balik rayuan pada 9 Dis lepas.
"Oleh itu pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua rayuan," katanya dan mahkamah membatalkan rayuan tersebut.
"Perintah lepas dan bebas yang diputuskan Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Hakim Yaacob yang bersidang bersama-sama Hakim P. Ravinthran dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.
Peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Mohd Rafizi mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan.
Mohd Rafizi, 43, dan Johari, 49, yang diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin hadir di mahkamah.
BACA: Rafizi Ramli umum akhiri dunia politik, ingin ceburi bidang teknologi
BACA: Bebas hukuman BAFIA, Rafizi tidak mahu aktif politik
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov lepas melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi dan Johari daripada pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), selepas membenarkan rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dikenakan terhadap mereka.
Pada 7 Feb 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati, Mohd Rafizi, bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
Mohd Rafizi dituduh mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Turut disabitkan kesalahan adalah Johari yang didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, kerana bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
![Dedah maklumat sulit: Pendakwa raya tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi, Johari Dedah maklumat sulit: Pendakwa raya tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi, Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551434684_RafiziRamli.jpg)
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov lepas melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi dan Johari daripada pertuduhan mengikut BAFIA. - Gambar fail
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735899440_TBROZMAYUNUS.jpg)
Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017.
![Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731665532_TBSCAMFACEBOOK.jpg)
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
![Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730729532_TBSTR.jpg)
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
![Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695019843_HishamuddinHashim.jpg)
Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex
Seorang wanita warga Indonesia mendakwa kerugian lebih RM4 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) yang berpangkalan di Labuan.
![Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.
![Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000 Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724323289_SPRMlogo.jpg)
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
![Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724839674_TBIPKJohor.jpg)
Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta
Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah selepas menahan sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan berasingan.
![Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715156864_TBFooWeiMin.jpg)
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
![SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714266965_najib.jpg)
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
![Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711015500_tbAmanPalestin.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.