Persidangan Dewan Negara malam tadi meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) yang memperuntukkan sejumlah RM297 bilion untuk perbelanjaan bagi tahun berkenaan.
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad mengumumkan keputusan itu kira-kira 10.10 malam.
Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara selepas dibahaskan selama empat hari bermula Isnin lepas (9 Dis), sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir malam tadi.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir. Amiruddin Hamzah untuk bacaan kali ketiga dan disokong Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.
Amiruddin ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2020 itu berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kerangka lebih lanjut mengenai inisiatif #WanitaKerja (Women@Work).
Beliau berkata inisiatif itu melibatkan pengambilan semula pekerja wanita yang bercuti melebihi setahun untuk menjaga anak dan bakal memanfaatkan golongan wanita yang menghadapi kesukaran untuk kembali bekerja selepas mengambil cuti bersalin melebihi tempoh ditetapkan.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019

Abdul Halim mengumumkan keputusan itu kira-kira jam 10.10 malam tadi. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2020
Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara selepas dibahaskan selama empat hari bermula 9 Dis, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari.