Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur awal bulan ini.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Rosly Muhamad Nawi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Muhammad Faizal Najwa Zanuar, 22 tahun, telah merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang ketika itu berumur 15 tahun dua bulan di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Labok, Machang pada 11.15 malam 1 Feb lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mac ini bagi menunggu laporan perubatan dan laporan kimia.
Muhafandi Muhamad
Tue Feb 19 2019

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Suri rumah mengaku tidak bersalah terima deposit RM23,000 tanpa lesen sah
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah menerima wang deposit tanpa lesen sah dalam akaunnya berjumlah RM23,000 tahun lepas.

Anggota polis diarah bela diri kes rasuah
Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang didakwa memperoleh rasuah untuk membela diri.

Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.

Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.

Liwat remaja lelaki: Buruh dipenjara lapan tahun, dua sebatan
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas tuduhan meliwat seorang remaja lelaki sebanyak dua kali pada September dan Oktober lalu.

Dua pekerja kedai emas didakwa guna gambar kerabat Diraja Kelantan untuk iklan perasmian
Dua pekerja kedai emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik iklan perasmian sebuah kedai emas yang memaparkan gambar Tengku Bendahara Kelantan.

Pengarah syarikat berpangkat Datuk tipu wanita RM665,000
Seorang pengarah syarikat berpangkat Datuk didakwa atas empat pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM665,000.

Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 54 tahun, 25 sebatan
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya.

Rogol berkumpulan, lapan remaja berdepan 18 pertuduhan
Lapan remaja yang didakwa terlibat dalam kes rogol berkumpulan melibatkan mangsa seorang gadis berusia 14 tahun pada 16 Oktober lalu bakal berdepan dengan 18 pertuduhan.