Pertubuhan pendidikan Cina Dong Jiao Zong harus menghormati keputusan Kabinet, mengekalkan kebenaran pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk di sekolah-sekolah vernakular.
Justeru itu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan kumpulan pendidikan Cina itu, agar tidak meneruskan hasrat melangsungkan kongres bagi membantah isu itu pada 28 Disember ini.
"Saya rasa perkara ini kita sudah cari jalan kompromi dan jalan tengah, kerana ia sudah dibincangkan begitu panjang dalam Kabinet, dan kita sudah capai kata sepakat atau konsensus.
"Paling penting kita kena memandang ke depan kerana ada empat isu utama yang rakyat Malaysia mahukan membabitkan ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan. Tolonglah fokus empat perkara ini kerana ia paling mustahak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sidang kemuncak eUsahawan Hero Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Facebook Malaysia, di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Sabtu.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan itu meneruskan kongres yang dirancang itu, mungkin mengakibatkan kaum Melayu juga menganjurkan kongres mereka, bagi membincangkan usaha menutup sekolah-sekolah vernakular Cina.
Perdana Menteri turut menasihatkan setiap pihak bertimbang rasa terhadap sentimen pihak lain.
Ogos lepas, Kementerian Pendidikan mengesahkan akan tetap melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.
Walaupun mendapat bantahan mengenai pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular, bulan lepas Mahkamah Tinggi di George Town, Pulau Pinang memutuskan bahawa pengajaran tulisan Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia, dan boleh diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
Sementara itu ,mengulas program eUsahawan Hero Muda 2019, Syed Saddiq berkata ia antara langkah pro aktif KBS, untuk menggalakkan inovasi, meningkatkan kemahiran bakat, serta mengasah kemahiran generasi muda.
"Mereka (usahawan muda) ini memang dilatih menjadi usahawan muda, khususnya dalam bidang digital agar mereka tahu bagaimana untuk mempromosi produk-produk menggunakan teknologi tinggi dalam dunia globalisasi," katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.
Program eUsahawan Hero Muda 2019 berjaya melatih seramai 20,653 anak muda di seluruh negara, membabitkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM52.4 juta.
Menerusi program itu , anak muda dilatih menjadi usahawan, khusus dalam bidang digital, dengan cara mempromosi produk menggunakan teknologi tinggi, dalam dunia globalisasi.
Sejak dilancarkan pada 2015, program itu berjaya melatih seramai 328,948 usahawan mikro di seluruh negara, dengan transaksi jualan melebihi RM668 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 21 2019

SYED SADDIQ: Kita sudah capai kata sepakat atau konsensus. - Gambar fail

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP
Rakyat masih terperangkap Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.

Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.

DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.

Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.

Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.

Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.

Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.

Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.