Skip to main content

Malaysia

Dua belas polisi insurans berkaitan banjir Nepal selesai - PIAM

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM Chua Kim Soon bercakap kepada pemberita di Meja Bulat Media Persediaan Monsun PIAMย di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM Chua Kim Soon bercakap kepada pemberita di Meja Bulat Media Persediaan Monsun PIAMย di ibu negara hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • PIAM mengesahkan 12 polisi insurans rakyat Malaysia terjejas banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans.
  • Lebih 50 polisi insurans dikenal pasti berkaitan insiden itu, dengan syarikat insurans terus memproses tuntutan dan membantu waris mangsa.
  • PIAM bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan menggesa keluarga terjejas menghubungi persatuan untuk bantuan pendaftaran tuntutan insurans.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM Chua Kim Soon berkata lebih 50 polisi insurans telah dikenal pasti berhubung kejadian itu, dengan syarikat anggotanya terus memproses tuntutan dan memberi bantuan kepada waris-waris mangsa.

"Kami menjangkakan lebih banyak tuntutan ini akan diselesaikan dalam minggu-minggu akan datang," katanya kepada pemberita di Meja Bulat Media Persediaan Monsun PIAM di sini hari ini.

Advertisement

PIAM sedang bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia untuk menghubungi waris dan memudahkan proses tuntutan.

Beliau berkata polisi yang dikenal pasti merangkumi insurans perjalanan, insurans kemalangan peribadi tahunan dan perlindungan kemalangan peribadi kumpulan yang disediakan oleh majikan.

Advertisement

PIAM juga menggesa keluarga terjejas yang memerlukan bantuan dengan pendaftaran tuntutan dan pemberitahuan untuk menghubungi persatuan itu bagi mendapatkan sokongan.

Pada 26 Ogos, banjir kilat dan tanah runtuh melanda daerah Rasuwa di Nepal dan kawasan sempadan Nepal-Tibet berikutan hujan lebat sehingga merosakkan infrastruktur, mengganggu komunikasi serta membantutkan operasi mencari dan menyelamat.

Daripada 5,285 individu yang diklasifikasikan sebagai hilang dan tidak dapat dikesan berikutan bencana itu, 636 adalah warga asing dari 34 negara termasuk 54 rakyat Malaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement