Seorang ibu dan anak lelakinya nyaris rentung dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Daun, Kampung Sungai Daun, Kota Sarang Semut, dekat Alor Setar, pada Rabu.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, ibu terbabit sempat menarik tangan anaknya selepas menyedari api mula membakar bahagian dapur rumah mereka.
Ketika kejadian, suami wanita berusia 51 tahun itu tiada di rumah kerana keluar berkerja.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian api sedang marak.
Menurut beliau, api berjaya dipadamkan 15 minit kemudian dan rumah terbabit musnah kira-kira 90 peratus.
Turut musnah terbakar dua buah motosikal yang diletakkan di dalam rumah.
Katanya, 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan dibantu 15 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kota Sarang Semut, Sungai Limau Dalam, Simpang Empat dan Kampung Baru.
Beliau berkata, kerugian dianggarkan RM35,000.
Astro Awani
Wed Mar 11 2020
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, ibu terbabit sempat menarik tangan anaknya selepas menyedari api mula membakar bahagian dapur rumah mereka.
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter, seorang maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Dua beranak terselamat dalam kebakaran rumah
Mangsa yang berusia 16 tahun sesak nafas kerana terhidu asap sementara ibunya alami kecederaan di kaki akibat terpijak bara api.
Dua beranak terselamat dalam kebakaran
Seorang ibu dan anak lelakinya nyaris rentung dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Daun, Kampung Sungai Daun, Kota Sarang Semut.