Dua pemuda maut manakala tiga cedera dalam kemalangan di Kampung Saujana, kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zulkifli Mat Deris kemalangan yang berlaku kira-kira 9.15 malam tadi itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua motosikal.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza dari arah Kuala Terengganu melanggar dua motosial iaitu jenis Honda Dash dan sebuah lagi belum dikenal pasti sehingga terkeluar dari simpang sebelah kiri jalan.
"Akibat kemalangan tersebut, sebuah daripada motosikal terbabit telah terbakar," katanya.
Penunggang motosikal Honda Dash, Mat Shaidiey Nik Mat, 23 tahun dan pembonceng Mohammad Shahrul Affandi Abdullah, 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan teruk pada kepala.
Zulkifli berkata keadaan jalan yang basah selepas hujan dan gelap tanpa lampu mungkin juga antara faktor kemalangan berkenaan.
"Pemandu kereta yang juga seorang doktor cedera pada tangan dan kaki, manakala penunggang dan pembonceng motosikal berumur 19 dan 20 tahun yang masih belum dikenal pasti itu luka pada dagu, badan, tangan dan kaki.
"Sementara tiga lagi penumpang kereta berusia 11, 14, dan 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bernama
Sat Dec 23 2017

Dua pemuda maut dalam kemalangan di Kampung Saujana, kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja malam tadi. - Gambar hiasan

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.

11 cedera dalam insiden tembakan di New York
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City.

8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.