Skip to main content

Malaysia

Dua pelajar sekolah maut kemalangan di Tambun

Nahas di Taman Perpaduan Ria, Tambun pagi ini mengorbankan dua pelajar perempuan, manakala seorang lagi pelajar cedera parah. - Foto JBPM Perak/Sinar Harian
Nahas di Taman Perpaduan Ria, Tambun pagi ini mengorbankan dua pelajar perempuan, manakala seorang lagi pelajar cedera parah. - Foto JBPM Perak/Sinar Harian

Advertisement

IPOH: Dua pelajar sekolah maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Perpaduan Ria, dekat Tambun di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang maut merupakan adik-beradik dipercayai dalam perjalanan ke sekolah, namun identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada 7.22 pagi.

"Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan, iaitu kereta jenis Proton Saga dengan sebuah motosikal Yamaha EZ115.

"Kemalangan melibatkan tiga mangsa pelajar sekolah yang menaiki motosikal tersebut. Dua mangsa telah disahkan maut oleh pihak petugas kesihatan di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan separa sedar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement