Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dua bulan lepas.
Zamirul Aliff Mohd Zaki, 19 , dan seorang lagi remaja berusia 15 tahun mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.
Tiada pengakuan direkodkan kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa membunuh Nur Amira Abdullah di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera antara pukul 1.10 pagi hingga 3.30 petang, 25 Okt lalu.
Mereka yang berasal dari Bera, dekat sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Najwa menetapkan sebutan semula kes pada 24 Jan selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Tertuduh yang merupakan pelajar sekolah dan penuntut sebuah kolej tidak diwakili peguam pada prosiding itu. Kedua-dua mereka ditangkap pada 18 Dis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan sebelum ini mengesahkan mayat Nur Amira ditemui orang awam dalam keadaan terapung di Sungai Triang pada pukul 3.30 petang, 26 Okt. Nur Amira dilaporkan tidak bersekolah.
Mayat mangsa ditemui dengan banyak kesan luka tikaman di dada, abdomen, belakang badan, tangan dan kaki.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2017

Dua remaja dibawa anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dua bulan lepas. - fotoBERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.