BERKESEMPATAN berkelana di Manila sempena cuti Tahun Baharu Cina. Sedikit janggal melihat pemandangan seluruh bandar yang bebas dari kepulan asap dan puntung rokok di jalanan.
Cukup berbeza dari kota-kota besar yang pernah diteroka. Baik di Asia mahupun di Eropah. Tertanya juga, “pinoy pinoy ni semua dah tak hisap rokok ke?”
Selepas buat carian info serba sedikit, dikatakan 1/3 'pinoy' adalah perokok. Secara mudahnya, sekitar 33 juta perokok di Filipina. Sama banyak dengan seluruh penduduk di Malaysia.
Ketika di lobi apartmen sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan sambil menunggu apartmen disiapkan, macam biasa, tercari-carilah di mana ‘port’ merokok.
Ketika muka mula untuk reflek kebingungan sambil memegang sekotak rokok, hadir seorang bellboy dan berkata, “Hello sir, smoking you must go here, Sir”. Maka dipandu pinoy itu ke tempat yang sepatutnya.
Pusing-pusing bangunan, pintu demi pintu. Akhirnya tiba pada ruang yang tertera “Designated Smoking Area” (DSA). Oh sini rupanya. Sembunyi, tak terlihat dan jauh dari orang awam. Sekiranya terkeluar sedikit dari garisan DSA, dimarahnya pengawal keselamatan.
Pada Mei 2017, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah menandatangani satu Perintah Eksekutif No. 26 yang memperuntukkan “Establishment of Smoke-free Environments in Public and Enclosed Places” bermula 23 Julai 2017.
Secara asasnya, tidak ada sebarang tempat awam yang boleh terlihat dengan kepulan asap rokok melainkan di DSA - juga ruang merokok yang tidak kelihatan.
Keterbatasan ini menyebabkan Manila bebas dari asap rokok di kawasan awam dan secara automatiknya mempunyai persekitaran yang bersih tanpa puntung rokok. Jadi nampak macam seluruh bandar bersih sebab secara logiknya, semua tempat adalah kawasan awam.
Seseorang boleh ditahan oleh pihak polis Filipina atau pasukan petugas lokal, dan boleh didenda sehingga 10,000 Peso (RM779.50) sekiranya bersalah melanggar larangan merokok. Tidak kisah berapa dendanya, namun pada akhirnya, siapa berani lawan Duterte, kan?
Pembinaan atau penyediaan DSA juga mesti menurut spesifikasi yang telah ditetapkan menurut Perintah Eksekutif tersebut.
Antaranya, keluasan DSA, kepulan asap tidak boleh keluar dari DSA, sistem pengudaraan perlu untuk tersendiri, papan tanda khas yang menunjukkan “Ini DSA” dan hanya satu DSA untuk satu bangunan.
Setelah lebih setahun Perintah Eksekutif ini dilaksanakan dan berdasarkan pengamatan peribadi saya, Presiden Duterte telah berjaya.
Di Malaysia, kita pun nak buat juga. Nasib baik kelonggaran itu masih ada. Namun pada akhirnya, mana-mana polisi yang dibuat kerajaan itu mestilah jelas dan tegas.
Di Filipina, tanpa ketegasan Duterte, saya percaya Perintah Eksekutif yang tidak konvensional dan radikal tersebut akan jadi sia-sia.
Namun, setegas-tegas Filipina, masih tersudut ruang untuk tidak menindas perokok dengan kewujudan DSA. Jadi, kita bila nak ada DSA?
*Aiman Ariff Abdul Azij adalah seorang peguam berfikiran kritis selain merupakan Rakan Kongsi di Tetuan Azwan Aiman Fakhrul & Co.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Aiman Ariff Abdul Azij
Wed Feb 06 2019
Secara asasnya, tidak ada sebarang tempat awam yang boleh terlihat dengan kepulan asap rokok melainkan di DSA - juga ruang merokok yang tidak kelihatan. - Foto Aiman Ariff
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Filipina 'neraka' perokok?
Cukup berbeza dari kota-kota besar yang pernah diteroka. Baik di Asia mahupun di Eropah. Tertanya juga, 'pinoy pinoy' ni semua dah tak hisap rokok ke?