Skip to main content

Malaysia

Gajah liar dipindah ke Royal Belum

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos -- Dua ekor gajah denak betina iaitu Suria dan Indah dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu terlibat dalam operasi memindahkan seekor gajah liar betina di Kampung Jeram, Manir hari ini.  Operasi memindahkan gajah tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada 10.30 pagi tadi sebelum haiwan berkenaan dibawa untuk dilepaskan di Taman Negeri Royal Belum, Perak.  Gajah berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA
Dua ekor gajah denak betina iaitu Suria dan Indah dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu terlibat dalam operasi memindahkan seekor gajah liar betina di Kampung Jeram, Manir hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

KUALA TERENGGANU: Gajah betina liar yang ditangkap di Kampung Jeram, dekat sini Sabtu lepas, akan dilepas ke habitat baharu di Taman Negeri Royal Belum, Perak hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dennis Ten Choon Yung berkata 22 kakitangan termasuk dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka dan dua pekerja Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah terlibat dalam operasi pemindahan yang bermula 8 pagi tadi.

Beliau berkata operasi pemindahan menggunakan bantuan dua gajah denak mengambil masa lebih dua jam dan hidupan liar tersebut dalam keadaan selamat serta stabil.

"Petugas terdiri daripada 13 kakitangan Perhilitan Terengganu, Pusat Konservasi Sungai Deka (tujuh orang) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (dua orang). 

"Gajah berkenaan dipindahkan ke habitat baharu dengan bantuan dua gajah denak iaitu Indah dan Suria. Kelancaran operasi berkenaan hasil kerjasama pelbagai agensi yang membantu pihaknya sepanjang proses menangkap, mengurus dan memindahkan gajah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Image
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos -- Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat dua ekor gajah denak betina iaitu Suria dan Indah dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu selepas operasi memindahkan seekor gajah liar betina di Kampung Jeram, Manir hari ini.  Operasi memindahkan gajah tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada 10.30 pagi tadi sebelum haiwan berkenaan dibawa untuk dilepaskan di Taman Negeri Royal Belum, Perak.  Gajah berkenaan dilaporkan berada dala
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat dua ekor gajah denak betina iaitu Suria dan Indah dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu selepas operasi memindahkan seekor gajah liar betina di Kampung Jeram, Manir hari ini. - Foto Bernama

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Jeram, Nur Azlin Zakaria, 35, berkata sejak Ahad lepas lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat sendiri haiwan tersebut dari dekat.

Beliau berkata situasi tersebut turut membuka rezeki kepada peniaga kecil yang datang berniaga pelbagai jenis makanan serta minuman.

"Suasana di Kampung Jeram sejak sehari dua ini agak meriah dengan kehadiran pengunjung dari luar yang mahu melihat sendiri Mek Jeram secara dekat, memandangkan sebelum ini hanya dapat melihat haiwan liar itu menerusi dalam talian.

"Sepanjang di sini, penduduk kampung turut mengambil kesempatan memberi makan kepada gajah berkenaan. Walaupun bersama dalam masa singkat, kami pasti akan merindui Mek Jeram dan berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan habitat baharu," katanya ketika ditemui di Kampung Jeram di sini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement