Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi lemah di Ranau

81551923050_GempaBumiRanau.jpg
81551923050_GempaBumiRanau.jpg

Advertisement

Gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter berlaku berhampiran Ranau, Sabah pada 4.05 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi tersebut terletak di 6.1 utara dan 116.7 timur, kira-kira 11km utara dari Ranau. 

"Gempa pada kedalaman 10km. Gegaran mungkin boleh dirasai di Ranau," menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA



Must Watch Video

Advertisement