Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku hari ini didapati turut mempengaruhi perilaku haiwan.
Pemerhatian sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor, di sini, semasa fenomena itu, mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.
"Ular menjadi pilihan untuk dilakukan pemerhatian kerana sifat haiwan itu yang sensitif terhadap perubahan alam. Berdasarkan pemerhatian, haiwan itu bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.
Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi tadi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana," kata Nur Rabiatuadawiyah Baharul Azidi, 25, salah seorang daripada lima pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang terlibat dalam pemerhatian itu.
Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.
Selain merekodkan pergerakan kesemua haiwan itu, mereka turut merekodkan kelajuan angin dan suhu dengan menggunakan alat anemometer.
Pemerhatian tersebut dilakukan menerusi subjek Falak Syarie di bawah kendalian pensyarah kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM Dr Othman Zainon.
"Seorang daripada kami ditugaskan memerhati pergerakan dan tindak balas sekumpulan rusa dan seekor seladang. Dua orang memerhati dua ekor ular sawa batik, dua ekor ular sawa albino serta seekor ular tedung selar manakala dua lagi memerhati dua ekor gajah, beberapa ekor harimau, singa dan monyet," kata Nur Rabiatuadawiyah yang ditemui di zoo berkenaan.
Sementara itu, Othman yang dihubungi berkata sebelum ini beliau dan para pelajar fakulti itu pernah melakukan pemerhatian sama terhadap sekumpulan rusa di universiti itu ketika berlakunya Gerhana Matahari Separa pada 9 Mac 2016.
"Ketika kemuncak Gerhana Matahari Separa itu, sekumpulan rusa didapati panik dan berada dalam kumpulan kawanan mereka.
"Jadi, kali ini kita mahu melihat perilaku yang sama atau sebaliknya ketika berlakunya Gerhana Matahari Cincin ini," katanya yang berada di Tanjung Piai bagi menyaksikan fenomena tersebut hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019
Perilaku gajah di Zoo Johor turut diperhatikan semasa fenomena gerhana matahari anulus berlangsung. - Gambar fail
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Gerhana matahari pengaruhi perilaku haiwan
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku hari ini didapati turut mempengaruhi perilaku haiwan.