IPOH: Seekor harimau dahan jantan yang ditangkap selepas berkeliaran di belakang rumah penduduk di Kampung Bukit Bertam, Selama, pada Rabu lalu disahkan mati akibat jangkitan virus, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitian).
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata hasil ujian darah oleh doktor veterinar setelah ia dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai mendapati haiwan itu positif Virus Canine Distemper (CDV).
"Harimau dahan ini mati pada jam 12 tengah malam Khamis lepas sebelum proses ditidurkan dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata haiwan itu telah dilupuskan berikutan penyakit berkenaan mudah berjangkit dan virus itu kebiasaannya dibawa oleh haiwan domestik seperti anjing dan kucing.
Kehadiran harimau, yang dianggarkan berusia antara tujuh hingga lapan tahun itu, ditemukan penduduk dalam keadaan seakan-akan ingin memuntahkan sesuatu.
Haiwan itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran kampung berkenaan untuk mencari makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021

Hasil ujian darah mendapati haiwan itu positif Virus Canine Distemper (CDV). - Sinar Harian

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.

Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.

Harimau dahan cedera dilanggar motosikal
Perhilitan dengan kerjasama bomba tiba ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat harimau betina seberat 30 kilogram itu.

'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.

Harimau dahan di Kampung Bukit Bertam mati akibat jangkitan virus
Hasil ujian darah mendapati haiwan itu positif Virus Canine Distemper (CDV).

Harimau dahan tercekik ditemukan di belakang rumah
Seekor harimau dahan jantan yang dipercayai tercekik sesuatu ditemukan di belakang rumah seorang penduduk Kampung Bukit Bertam, dekat Selama, hari ini.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

Harimau dahan mati dijerat ditemui di Gerik
Harimau dahan jantan yang berusia antara 8 hingga 10 tahun itu ditemui dalam keadaan kakinya tertusuk dawai jerat.