Tujuh buah dapur hospital kerajaan di Selangor berjaya memperoleh pensijilan Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal (HACCP) manakala 11 dapur lagi mendapat pensijilan Amalan Perkilangan Baik (GMP) sejak 2006, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Khalid Ibrahim.
Beliau berkata HACCP dan GMP merupakan sistem jaminan keselamatan makanan yang memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan.
"Pelaksanaan sistem ini adalah berdasarkan piawaian badan antarabangsa yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan iaitu Codex Alimentarius Commission.
"Sistem HACCP dan GMP dilaksanakan di dapur hospital secara bersinergi bermula dari pemilihan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, plating sehingga menghidang kepada pesakit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata dengan pemerolehan kedua-dua sijil tersebut, ia memberi jaminan sehingga kini tiada pesakit yang dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang disediakan di dapur hospital terbabit.
Menerusi pensijilan itu, katanya, ia akan dapat memastikan makanan yang disediakan di dapur hospital terkawal dari pencemaran selain makanan yang dihasilkan adalah selamat.
"Adalah diharapkan dengan pensijilan HACCP dan GMP di dapur hospital kerajaan, ia akan turut menjadi pemangkin kepada dapur hospital swasta untuk turut terlibat dalam mengamal dan melaksanakan kedua sistem tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019

Dr Khalid berkata, pensijilan dapat memastikan makanan yang disediakan di dapur hospital terkawal dari pencemaran dan selamat.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Hospital kerajaan di Selangor peroleh sijil HACCP dan GMP
HACCP dan GMP merupakan sistem jaminan keselamatan makanan yang memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan.