BUTTERWORTH: Wanita dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan melakukan kekerasan terhadap pembantu rumah wanita warga Kemboja Februari lalu.
Tertuduh Teoh Beng Sim, 56, dan anaknya Teh Hooi Fung, 36, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama memperdagangkan Soy Rom, 27, bagi maksud eksploitasi pengabdian dengan cara kekerasan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di no 20, Jalan Perpaduan, Kampung Baru, Bukit Mertajam pada jam 10.45 malam 24 Februari lepas.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara tiga sehingga 20 tahun dan denda.
Pendakwaan di kendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh diwakili peguam,Datuk Supramaniam Kasia Pillai.
Pihak pendakwa tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap mereka, bagaimanapun pihak pembelaan merayu agar mereka dibenarkan ikat jamin dengan alasan kedua-dua tertuduh sebelum ini memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.
Mahkamah kemudian membenarkan kedua-duanya di ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April depan untuk sebutan semula kes.
Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan dengan mengarahkan kedua-dua tertuduh lapor diri di balai polis berhampiran setiap 15 hari bulan sehingga kes selesai.
Dalam kejadian 24 Februari lalu, polis menyelamatkan seorang pembantu rumah wanita warga Kemboja yang dipercayai didera majikannya sebaik menerima aduan daripada orang awam.
Pemeriksaan yang dijalankan terdapat beberapa kesan kecederaan fizikal di bahagian muka, kesan parut melecur di lengan, luka bekas jahitan, dan beberapa kesan calar di badan dan kaki mangsa.
Mangsa mengadu didera oleh majikannya (isteri) termasuk dengan cara dipukul, disimbah air panas dan dicubit.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 19 2021
Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama memperdagangkan Soy Rom bagi maksud eksploitasi pengabdian dengan cara kekerasan. - Astro AWANI
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.