Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai kuasa dalam menentukan gaji permulaan siswazah sebaliknya hanya menyediakan pendidikan yang mampu melahirkan graduan berilmu serta kompetitif bagi pasaran pekerjaan.
Menterinya Maszlee Malik berkata isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun baru-baru ini perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.
"Itu kena tanya industri kerana mereka yang menyediakan peluang pekerjaan kerana kami di KPM tidak menjaga soal gaji.
"Tetapi yang kami boleh lakukan ialah untuk menyediakan siswa yang berkemahiran tinggi, lebih terlatih, berilmu dan kompetetif untuk pasaran pekerjaan dan pasaran antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Sabtu.
Khamis lepas, Maszlee dalam satu kenyataan berkata KPM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk melihat isu dengan lebih mendalam untuk diselesaikan segera.
Kenyataan itu menyebut beliau mengambil maklum mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 yang dikeluarkan semalam serta laporan media mengenai "Gaji Siswazah Semakin Turun".
Menurut laporan media yang memetik Laporan Tahunan BNM itu, gaji permulaan bulanan benar bagi kebanyakan siswazah baharu di Malaysia menurun sejak 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi, di mana siswazah baharu yang berkelulusan diploma mendapat gaji benar RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010.
Terdahulu Maszlee dalam ucapannya berkata penganjuran PBAKL 2019 memperkenalkan seksyen khusus iaitu reruai 'Ibu Kota Buku Dunia' yang berpotensi menarik masyarakat untuk menjayakan hasrat menjadikan ibu negara ini sebagai hub keilmuan utama dunia.
"Ia merupakan pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen tertinggi dalam penganjuran aktiviti, promosi dan pembacaan buku.
Berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April, PBAKL 2019 buat julung kalinya memperkenalkan kempen mesra alam sekitar iaitu pengurangan beg plastik selain transaksi tanpa tunai bagi pembelian buku.
PBAKL 2019 edisi ke-38 ini dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) bersama enam persatuan penerbit buku Malaysia.
Acara mega yang berlangsung selama 10 hari itu turut menyasarkan 1.5 juta pengunjung dengan tarikan 700 reruai melibatkan lebih 200 penerbit tempatan dan antarabangsa termasuk Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Lebih sejuta naskah buku merangkumi pelbagai kategori ditawarkan melibatkan buku bahasa, kerohanian, motivasi, fiksyen dan bukan fiksyen.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2019

KPM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk melihat isu dengan lebih mendalam untuk diselesaikan segera. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan pandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah - Ismail Sabri
Kerajaan memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Industri perlu teliti isu gaji permulaan siswazah - Maszlee
Isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun baru-baru ini perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.

Keadaan pekerja terus diberi perhatian oleh kerajaan
Ini terbukti melalui langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan seperti kajian untuk menetapkan gaji permulaan bagi setiap sektor untuk penambahbaikan skim gaji.