KUALA LUMPUR: Inisiatif Kementerian Pertahanan di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19 merupakan langkah proaktif dan tanggungjawab mempertahankan negara dalam apa jua situasi.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharuddin Omar berkata, perkara itu boleh dilihat dengan tindakan kementerian bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina tambahan beberapa lagi hospital medan selain yang sudah sedia beroperasi.
"Menterinya amat kreatif dalam menyesuaikan aset dan kepakaran ATM untuk membantu kerajaan dalam usaha mempercepatkan pemulihan rawatan kepada pesakit sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital-hospital awam.
"Apa yang dihasrat Ismail Sabri melalui salah satu inisiatif kementerian merupakan tindakan cukup baik bagi membantu kerajaan dan negara secara menyeluruh bagi mempercepat mengatasi masalah pandemik.
"Menteri mengambil kira kemampuan ATM atau kementerian secara keseluruhannya untuk mewujudkan hospital medan. Saya yakin tempat-tempat yang dicadangkan itu adalah bersesuaian di kawasan pedalaman yang mempunyai kepadatan penduduk yang sukar untuk mereka bergerak keluar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: COVID-19: ATM perlukan 30 doktor, 100 paramedik untuk tambah hospital medan
BACA: Pemerkasa PLUS: ATM bina 6 lagi hospital medan - Ismail Sabri
Enam hospital medan yang sudah beroperasi terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang; Kapit, Sarawak; Pokok Sena, Kedah; Kepala Batas, Pulau Pinang; Tawau, Sabah dan terbaharu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dalam pada itu katanya, penglibatan Kementerian Pertahanan secara menyeluruh telah memberikan sumbangan besar dalam menghadapi ancaman negara.
Ujarnya, tugas pasukan keselamatan bukan sahaja untuk berperang melawan musuh malah sentiasa bersedia mempertahankan serangan dalaman.
Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Pasukan Khas Laut (Paskal), Laksamana Madya Datuk Nasaruddin Othman berkata, operasi ketenteraan dalam ATM sepert doktrin Military Operations Other Than War (MOOTW) melangkaui peperangan yang bermaksud tugas-tugas sekunder ATM selain berperang.
"Ismail Sabri optimis menggerakkan kepakaran ketenteraan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
"Beliau juga telah melakanakan tugas dan tanggungjawab atas kapasiti jawatannya dalam memastikan kebajikan tentera termasuk bekas tentera seperti dalam program perumahan dan sebagainya sebagai menghargai jasa pasukan itu dalam menjaga keamanan negara.
"Ia termasuk memastikan peranan pasukan tentera dalam memberi khidmat kepada masyarakat melangkaui sempadan tugas hakiki seperti mengadapi bencana alam, bantuan perubatan, menyediakan kemudahan asas seperti jambatan atau jalan raya yang rosak akibat banjir terutama di kawasan pedalaman seperti di Sarawak," katanya.
Astro Awani
Fri Jun 18 2021

Kata Sharuddin, penglibatan Kementerian Pertahanan secara menyeluruh memberikan sumbangan besar dalam menghadapi ancaman negara. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.

Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.

Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.

PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane
PLUS malaysia berhad (PLUS) akan mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi utama bagi memastikan aliran trafik di kawasan kritikal lebuh raya berjalan lancar.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.