Penangguhan pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 adalah untuk penambahbaikan menerusi pandangan daripada pihak berkepentingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Beliau berkata langkah memperhalusi Rang Undang-undang itu adalah perlu bagi memudahkan pelaksanaannya apabila diluluskan kelak selain mengelak isu berbangkit.
"Kerajaan mendapati bahawa Rang Undang-undang IPCMC perlu diperhalusi selanjutnya bagi menubuhkan peraturan berkaitan penjalanan prosiding tatatertib, digubal selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395] sedia ada, terpakai terhadap anggota polis.
"Begitu juga dengan pengelasan salah laku kecil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata dalam hal itu Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) ditugaskan untuk berbincang dengan pemegang-pemegang taruh, terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penggubalan peraturan di bawah fasal 50 Rang Undang-undang IPCMC dan pengelasan salah laku kecil di bawah fasal 22(2) baharu Rang Undang-undang IPCMC.
BACA: RUU IPCMC dibentang Selasa dengan 37 pindaan
Katanya ini kerana terdapat isu-isu berbangkit berkenaan dengan perjalanan prosiding tatatertib dan pengelasan salah laku kecil.
Berhubung isu pemantauan terhadap 20 agensi penguatkuasaan lain, selain PDRM di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Liew berkata kerajaan berpandangan perlu ada suatu mekanisme baharu untuk memantau agensi-agensi penguatkuasaan itu demi memastikan pelaksanaan IPCMC kelak terhadap anggota PDRM seiring dengan 20 agensi lain.
Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat, Liew berkata pembentangan Rang Undang-undang IPCMC ditangguh ke persidangan akan datang.
Liew ketika mengemukakan perkara itu pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata "Tuan Yang Dipertua, bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon menangguhkan bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga RUU IPCMC DR 25 2019 seperti di nombor dua, Aturan Mesyuarat hari ini, ke mesyuarat akan datang.
RUU IPCMC 2019 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi Julai lepas dan bacaan kali kedua pada Oktober lepas, sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang untuk dibincang dengan lebih teliti.
IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis dan akan bertindak sebagai badan pemantau bebas bagi menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

LIEW: Kerajaan mendapati bahawa Rang Undang-undang IPCMC perlu diperhalusi selanjutnya bagi menubuhkan peraturan berkaitan penjalanan prosiding tatatertib. - Gambar fail/BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Dua persatuan polis terima baik penubuhan IPCC
Dua persatuan polis menerima baik penubuhan IPCC kerana ia juga bakal memberikan fokus kepada aspek kebajikan warga polis.

SUARAM gesa Hamid Bador diberi lebih masa 'bersihkan' PDRM
SUARAM rujuk pada pendedahan Abdul Hamid mengenai kewujudan kartel polis yang didakawa bersekongkol dengan penjenayah, antaranya membabitkan kes Geng Nicky.

Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.

RUU IPCMC ditarik balik, diganti dengan RUU baharu - Takiyuddin
RUU baharu itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu depan (26 Ogos) dan menurutnya sebelum ini RUU IPCMC 2019 dijadualkan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama.

Nazri Aziz cadang RUU IPCMC ditarik daripada senarai perbahasan
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan bahawa idea mewujudkan suruhanjaya memantau PDRM adalah agenda kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen cadang dapatkan persetujuan PDRM sebelum laksana IPCMC
Kerajaan dicadang mendapatkan persetujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

RUU IPCMC akan diperhalusi semula - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Peningkatan CPI Malaysia bukti keberkesanan usaha antirasuah - Liew
Inisiatif termasuk pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan 22 strategi dengan 115 inisiatif antirasuah untuk menentang rasuah dalam semua sektor di seluruh negara.

Dalang bangkit isu perkauman, agama hanya bebankan polis - KPN
Selepas 62 tahun merdeka, kita sepatutnya bijak tapi sedih... nampak negara makin kurang matang pemikiran, mendukacitakan, isu ini bebankan PDRM, kata Abdul Hamid.

IPCMC ditangguh untuk penambahbaikan - Liew
Penangguhan pembentangan Rang Undang-undang IPCMC 2019 adalah untuk penambahbaikan menerusi pandangan daripada pihak berkepentingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.