Nama Malaysia terus mendapat tempat di dada-dada akhbar berbahasa Arab di Asia Barat sejak Januari lalu berikutan kenyataan tegas Tun Dr Mahathir Mohamad menolak penyertaan dua perenang Israel dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Kolumnis tamu Al-Jazeera, Dr Muhammad Al-Umar memuji ketegasan Perdana Menteri Malaysia itu yang disifatkannya membuka mata banyak negara Islam, termasuk negara Arab yang sebelum ini dilihat 'menutup sebelah mata' dengan membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan sukan antarabangsa anjuran mereka.
"Ketika negara Islam dan negara Arab yang lain menjadi tuan rumah bagi apa-apa temasya sukan, mereka menutup sebelah mata dan membenarkan penyertaan atlet Israel atas nama semangat kesukanan dengan alasan terdapat pemisahan antara sukan dan politik, Malaysia pula begitu berani berkonfrontasi secara terbuka dengan anak emas Amerika Syarikat di Asia Barat itu," ulas Muhammad.
Pada 28 Jan lalu, selepas menghadiri taklimat tertutup bersama peneraju badan berkanun sempena Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau tidak kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.
"Dia (IPC) nak batal, batallah. Saya dapati dunia terpaksa ikut (cakap) Israel, saya tidak faham kerana dunia ada kuasa tetapi masih terpaksa ikut Israel... tetapi kita tidak ikut," ujar Mahathir.
Hak penganjuran Malaysia untuk kejohanan itu ditarik balik pada 27 Januari.
Ahli akademik dari Universiti Katolik Leuven (KU Leuven), Belgium itu turut menjelaskan mengapa pendirian Malaysia mendapat pujian akhbar berbahasa Arab.
"Seperti yang kita sedia maklum, Israel didokong oleh kuasa-kuasa besar dan gergasi ekonomi dunia. Oleh sebab itu kita dapati kebanyakan negara tidak berani mencari pasal dengan Israel, malah mencuba sedaya-upaya untuk mengambil jalan selamat agar tidak membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat dan sekutu Israel yang lain.
"Begitu juga dengan kes Malaysia, kebiasaannya negara yang terpilih menjadi tuan rumah akan tunduk akur memberi laluan kepada Israel untuk menyertai temasya sukan di tanah air mereka kerana bimbang hak penganjuran akan ditarik balik setelah sekian lama melobi pihak penganjur. Namun berbeza sekali dengan Malaysia apabila tidak mengendahkan perkara ini," ulas Muhammad.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menegaskan pendirian Malaysia yang menghalang penyertaan dua atlet renang Israel itu.
"Kami tidak akan berkompromi... Jika penganjuran sesuatu acara antarabangsa lebih penting daripada mempertahankan rakyat Palestin yang dibunuh, dicacatkan dan diseksa oleh rejim Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah kehilangan arah moralnya."
Mengulas lanjut, kolumnis Al-Jazeera itu berkata Dr Mahathir boleh sahaja membenarkan dua atlet Israel itu menyertai acara sukan bertaraf dunia tersebut dengan 'menyalahkan' kerajaan terdahulu yang bersetuju menjadi tuan rumah sukan itu namun beliau tidak berbuat demikian.
"Dr Mahathir boleh sahaja 'basuh tangan' menyalahkan kerajaan terdahulu bahawa persetujuan untuk membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan renang antarabangsa itu ditandatangani pada masa kerajaan terdahulu," kata Muhammad.
Baru-baru ini, nama Dr Mahathir turut dijulang penonton televisyen di seluruh Semenanjung Tanah Arab berikutan pendirian Malaysia itu dengan meletakkan beliau sebagai juara carta 'Sibaq Al Akhbar' (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori 'Tokoh Minggu Ini' kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera.
Keputusan undian penonton menunjukkan Dr Mahathir memperoleh 49 peratus undi responden mengatasi tiga tokoh lain iaitu Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio (33 peratus), ulama Arab Saudi Dr Ahmed al-Amari (13 peratus) dan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Martin Griffiths (lima peratus).
Dunia pasti tidak akan melupakan peristiwa yang tercatat dengan tinta emas ini dalam lipatan sejarah.
- Suntingan Sabarina Baharom / BERNAMA
Bernama
Tue Feb 12 2019
Pendirian Tun Mahathir dan Malaysia mendapat pujian akhbar berbahasa Arab. - Gambar fail
Kerajaan kaji impak platform AI DeepSeek kepada Malaysia - GoBind
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia.
Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
AWANI Borneo [2/2/2025] – Kedaulatan negara|Banjir Sarawak|Penempatan setinggan
Tumpuan AWANI Borneo 2 Feb 2025 bersama Assim Hassan
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Bank Rakyat sumbang RM144,000 kepada 72 sekolah
Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunann Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 72 buah sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian melibatkan 1,440 pelajar daripada keluarga B40.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
PKR mahu tanding di Dun Balung
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau telah menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan berkata kerajaan negeri perlu ada perancangan penempatan baharu terlebih dahulu sebelum merobohkan kediaman setinggan.
Sabah Electricity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna
Seramai 687,031 pelanggan Sabah Electricity akan menerima rebat berjumlah 2.5 peratus daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.
Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.
Fatah tuntut tindakan segera Arab, antarabangsa hentikan genosid di Gaza
Dula turut menggesa pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan segera dengan menghukum penjenayah pendudukan.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawatan kerja PM Anwar ke Turkiye dan Mesir bincang isu Palestin - Wisma Putra
Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri akan diiringi oleh Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal bermula
Proses pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 dibuka secara rasmi pada Jumaat bagi lima kategori iaitu Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
Bawa kes penggunaan kalimah-kalimah Islam ke peringkat Mahkamah Rayuan - Muafakat Nasional
Kerajaan Persekutuan perlu pastikan kes tersebut perlu dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, kata Muafakat Nasional.
Saluran YouTube bahasa Arab 'Omar & Hana' cecah lebih 100,000 langganan
Saluran YouTube Arab siri animasi popular 'Omar & Hana', berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya.
LPP cadang tarik pelaburan RM800 juta dari negara-negara Arab
Rundingan mengenainya telahpun bermula Selasa lepas bersama wakil Raja Bahrain.