KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 Ogos untuk mendengar permohonan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik.
Perkara itu dimaklumkan peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili Syed Saddiq dan 12 yang lain apabila dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli, yang turut dihadiri Peguam Persekutuan M. Kogilambigai, mewakili Menteri Dalam Negeri dan RoS.
"Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 5 Ogos dan responden (Menteri Dalam Negeri dan RoS) akan memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 15 Julai," kata peguam itu.
Syed Saddiq yang merupakan pengasas parti itu serta 12 individu, memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman pada 26 April lepas untuk mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang masing-masing dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.
Dalam permohonan itu, mereka memohon suatu perintah mandamus untuk responden pertama (Menteri Dalam Negeri) mencapai suatu keputusan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 berhubung rayuan pemohon terhadap keputusan RoS pada 6 Jan lepas yang menolak pendaftaran MUDA sebagai pertubuhan di bawah kategori parti politik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah berkenaan.
Mereka juga memohon suatu perintah ganti rugi termasuk ganti rugi teruk dan teladan yang akan dinilai selain kebebasan untuk memohon serta segala relif, arahan dan perintah yang diperlukan sebagaimana difikirkan adil oleh mahkamah.
Pada 4 Feb, MUDA menghantar surat rayuan berhubung pendaftarannya sebagai sebuah parti politik kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Permohonan pendaftaran parti itu dihantar pada September tahun lepas namun ditolak RoS pada Januari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021

Pada 4 Feb, MUDA menghantar surat rayuan berhubung pendaftarannya sebagai sebuah parti politik kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Gambar fail

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.

MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.

Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.

PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.

Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.

MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.

Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.

Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.