Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini berhubung isu tol lebuh raya.
Meskipun menerima pelbagai reaksi diterima berhubung isu tersebut, pengambilalihan empat lebuh raya seperti yang diumum kerajaan minggu lepas ialah langkah bagi membantu rakyat.
“Kecaman rakyat akan datang kerana kita (kerajaan) tidak hapuskan tol. Tapi rakyat mesti faham, walaupun (rakyat) tidak bayar tol, kerajaan bayar tol daripada duit rakyat. Akhirnya rakyat membayar (tol) walaupun melalui kerajaan.
“Kerajaan kena beli lebuh raya, itu duit cukai dikutip daripada rakyat. Dan jalan mesti diperbaiki sepanjang masa, mesti dibelanja kerajaan, bukan syarikat.
"Ini bermakna sebahagian cukai kita kutip mesti diguna untuk menyelenggarakan jalan. Bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lain-lain projek perlu,” jelas Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pandangan serta reaksi segelintir rakyat berkenaan waktu tol percuma yang dilaksanakan.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan proses pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang dari Gamuda Berhad membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Turut diperkenalkan caj kesesakan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.
Manakala tol percuma pada waktu luar puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi.
Fareez Azman
Mon Feb 25 2019
![Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61551073776_tunmahathir.jpg)
DR MAHATHIR: Walaupun (rakyat) tidak bayar tol, kerajaan bayar tol daripada duit rakyat. -Astro AWANI
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
![Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739369754_SumbanganRahmah.jpg)
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
![Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721021411_MinyakSawitMalays.jpg)
Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.
![Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656392711_TBBELIBELAH.jpg)
Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.
![Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61551073776_tunmahathir.jpg)
Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini.
![Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540764343_TanSriMohamadFuzi.jpg)
Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.
![Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41467188888_DSNajibRazak.jpg)
Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai
Najib berkata kenaikan itu bukti kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.