Seramai 152 warga China dan seorang warga Bangladesh yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di premis disyaki menjalankan aktiviti jenayah dalam talian di Cyberjaya pada 20 Nov lepas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di sini, hari ini.
Kesemua mereka yang terdiri daripada 130 lelaki dan 23 perempuan berumur antara 19 hingga 34 tahun itu berdepan pertuduhan berada di negara ini tanpa pas yang sah serta tinggal lebih masa.
Warga China yang didakwa hari ini adalah kumpulan kedua yang dihadapkan ke mahkamah, selepas kumpulan pertama iaitu 373 orang didakwa atas pertuduhan memasuki dan berada di negara ini tanpa pas sah pada Jumaat lepas.
Pertuduhan terhadap kesemua mereka dibacakan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu oleh tiga jurubahasa dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
BACA: 373 warga China yang diserbu Imigresen di Cyberjaya didakwa masuk secara haram
Dalam prosiding di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu, kesemua 153 tertuduh mengaku bersalah dengan dikenakan denda serta hukuman penjara.
Seramai 102 daripada mereka didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen dan dikenakan denda RM5,000 setiap seorang manakala baki 51 orang dituduh mengikut Seksyen 15(4) akta yang sama iaitu tinggal melebihi tempoh dibenarkan antara tiga hingga 45 hari.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(4) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak kurang RM10,000, mahkamah menetapkan denda RM15,000 seorang dengan 50 daripadanya memilih membayar denda dan seorang lagi mohon dipenjara.
Sebanyak 152 tertuduh pula memilih untuk membayar denda yang dikenakan masing-masing.
BACA: Cyberjaya ibarat 'Chinatown'
Pendakwaan dilakukan oleh pasukan pendakwa JIM diketuai Pegawai Pendakwa V. Kasthuri Bai.
Kesemua mereka tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 7.30 pagi dan dibawa masuk ke bilik mahkamah untuk dibacakan pertuduhan secara berperingkat membabitkan 40 orang dalam setiap kumpulan.
Pada 20 Nov lepas, Jabatan Imigresen menyerbu sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya kerana disyaki menempatkan ahli sindiket penipuan dalam talian, di mana 680 warga China ditahan, manakala lebih 100 orang lagi melarikan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019
![Jenayah dalam talian: 152 warga China, seorang Bangladesh didakwa Jenayah dalam talian: 152 warga China, seorang Bangladesh didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576478619_TBCHINA.jpg)
Seramai 152 warga China dan seorang warga Bangladesh yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di premis disyaki menjalankan aktiviti jenayah dalam talian di Cyberjaya pada 20 Nov lepas didakwa hari ini. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 6 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Essan Yahya membawakan tumpuan berikut:
1) Pembangunan IKN sentiasa dinilai elak pembaziran
2) Banjir: Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
3) Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
1) Pembangunan IKN sentiasa dinilai elak pembaziran
2) Banjir: Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
3) Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Pantau Agenda Reformasi: Perang tarif dan kesan terhadap Malaysia
Dr Md Shukri Shuib, Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM)
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837536_ZaynRayyan.jpg)
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
![Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738835746_rasuah.jpg)
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
![Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837483_TBCourtHammer.jpg)
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
![7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh 7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672143387_MigrantWorkers.jpg)
7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.
![Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737705759_klinikharam.jpg)
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
![Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735897091_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
![Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734997797_tbSheikhHasina.jpg)
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
![Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621412664_TheWorldBank.jpg)
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
![Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734425233_Rohingyas.jpg)
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
![60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar 60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712138790_etnikRohingya.jpg)
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
![Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733649849_NazibIsmailRussell.jpg)
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
![Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733002329_BangladeshMalaysia.jpg)
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
![MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646546107_TBMedecinsSans.jpg)
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.