Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand, pada Jumaat lepas akan dikebumikan pada jam 6.30 pagi Selasa (waktu Malaysia).
Perkara itu disahkan oleh Afifah Shaiffuddin, 33, anak saudara Allahyarham Dr Rumihati Abd Hamid, yang menerima berita itu daripada ahli keluarganya yang berada di negara berkenaan, pada Isnin.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, keempat-empat jenazah itu akan disemadikan berhampiran Memorial Christchurch, New Zealand, lokasi berlakunya tragedi berdarah Christchurch pada Mac lepas.
Katanya solat jenazah ghaib di beberapa buah masjid di Putatan dan Kota Kinabalu akan diadakan selepas solat Maghrib.
"Kami mengharapkan ada masjid atau surau yang boleh melakukan solat jenazah ghaib untuk disedekahkan kepada mangsa yang terlibat," katanya ketika ditemui di kediaman ahli keluarganya di Kampung Ulu Putatan.
BACA: 3 warga Malaysia maut nahas di New Zealand
BACA: Seorang lagi mangsa kemalangan di New Zealand meninggal dunia
Sementara itu, Afifah berkata Nur Arifah Bahiyah, 11, anak bongsu Allahyarham Dr Rumihati yang terselamat dalam tragedi terbabit, sudah mulai sedar dan masih menerima rawatan di Hospital Wellington.
"Setakat yang kami dapat maklumat daripada doktor di sana, kemungkinan besar dia perlu berada di hospital dalam empat minggu lagi," katanya.
Kemalangan itu mengorbankan Dr Rumihati, 49, dan suaminya, Adanan Jemain, 49, serta dua anak mereka, Nur Irfan, 15 dan Maisarah Arifah, 13.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019

Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di New Zealand, pada Jumaat lepas akan dikebumikan pada jam 6.30 pagi Selasa.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.

Jenazah empat beranak maut di New Zealand dikebumi Selasa
Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand, pada Jumaat lepas akan dikebumikan pada jam 6.30 pagi Selasa (waktu Malaysia).