Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Super El Nino dijangka berterusan hingga Januari 2027 - Arthur

Arthur (kanan) bercakap pada sidang media Libat Urus Berhubung Situasi Jerebu, di Putrajaya, hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Arthur (kanan) bercakap pada sidang media Libat Urus Berhubung Situasi Jerebu, di Putrajaya, hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Advertisement

Ringkasan AI

  • Fenomena Super El Nino dijangka berlaku dari Oktober hingga Januari 2027, meningkatkan risiko jerebu dan kemarau di Malaysia.
  • MetMalaysia meramalkan suhu anomali melebihi 2.0 darjah Celsius dan pengurangan hujan sehingga 45 peratus di beberapa negeri.
  • Pemantauan JAS mendapati 28.87 peratus kawasan mencatat IPU tidak sihat, dengan kerajaan utamakan kesihatan rakyat menghadapi cuaca ekstrem.

PUTRAJAYA: Fenomena El Nino yang diramal meningkat kepada kategori sangat kuat atau Super El Nino mulai Oktober hingga Januari 2027 berpotensi memburukkan keadaan jerebu, selain meningkatkan risiko kemarau di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena itu dijangka berterusan sehingga pertengahan 2027, dengan anomali suhu melebihi 2.0 darjah Celsius.

“Fenomena cuaca ekstrem ini membawa impak rantaian yang ketara kepada taburan hujan dan suhu permukaan negara.

“MetMalaysia mengunjurkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada penghujung Oktober 2026 akan mencatatkan jumlah hujan yang berkurangan daripada nilai purata klimatologi, khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung, Perak dan Sabah.

“Berdasarkan rekod Super El Nino 2015/2016 sebelum ini, ketiadaan hujan boleh mencatatkan pengurangan sehingga 30 peratus di Semenanjung dan 45 peratus di Sabah,” katanya pada sidang media Libat Urus Berhubung Situasi Jerebu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di 68 stesen kualiti udara dari 3 Ogos hingga 16 Oktober 2026 mendapati 28.87 peratus kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 0.90 peratus pada tahap sangat tidak sihat dan 0.36 peratus pada tahap berbahaya.

Arthur berkata kesihatan dan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam menghadapi krisis jerebu, terutama menjelang kemungkinan keadaan cuaca ekstrem yang berpanjangan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Must Watch Video

Advertisement