KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyelaras misi bantuan kemanusiaan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk Palestin.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainudin antara lain bertanggungjawab membuat semakan latar belakang NGO-NGO sebelum mereka dibenarkan membuat permohonan.
Menurut kenyataan bersama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Takiyuddin, jawatankuasa itu juga akan mengkoordinasi semua permohonan NGO di bawah satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama.
"Dengan ketetapan ini, ia bermakna bahawa setiap NGO yang mahu melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin hendaklah membuat permohonan hanya melalui dua kementerian yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas ini," kata kenyataan itu.
Tambahnya, Kabinet bersetuju agar Kementerian Luar membantu memudahkan perjalanan NGO-NGO ke Palestin hanya apabila permohonan mereka telah diluluskan dan buat masa ini mereka dinasihatkan melakukan perjalanan ke Palestin hanya melalui dua negara, iaitu Mesir dan Jordan.
"Kementerian Luar akan menumpukan terhadap koordinasi dengan semua negara terlibat supaya NGO-NGO yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ini mematuhi setiap SOP serta peraturan yang ditetapkan negara-negara tuan rumah," katanya.
Menurut kenyataan itu, persetujuan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan dibuat pada Mesyuarat Kabinet secara maya yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi Rabu.
Ia berkata kerajaan mengambil maklum bahawa banyak NGO di negara ini berhasrat melaksanakan misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin terutamanya di Gaza susulan gencatan senjata pada 21 Mei.
"Memahami bahawa misi bantuan kemanusiaan sememangnya usaha yang amat murni serta sangat diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini, maka ia telah dibincangkan secara teliti sewaktu Mesyuarat Kabinet secara maya yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi ini," katanya.
Bernama
Wed Jun 02 2021

Persetujuan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan dibuat pada Mesyuarat Kabinet secara maya yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi Rabu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.

SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.

Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.