Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak berjaya menahan sebuah kapal dagang yang disyaki bersauh di luar batas Pelabuhan Lumut semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, maklumat diterima dari Jabatan Laut Lumut menyatakan kapal dagang bernama Sakizaya Ace jenis 'bulk carrier' telah bersauh di luar batas pelabuhan.
Menurutnya, bertindak dari maklumat tersebut Kapal Maritim Tugau telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap Sakizaya Ace.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut telah bersauh pada 8 Disember yang lalu untuk membuat pembersihan pada ruangan kargo.
“Kapal kemudiannya ditahan bersama 21 orang kru, termasuk nakhoda, (kesemuanya) warganegara China dan Myanmar berusia lingkungan 24 hingga 56 tahun, untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrizan berkata, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 10 2019

Hasil pemeriksaan mendapati kapal dagang Sakizaya Ace itu telah bersauh pada 8 Disember lalu untuk membuat pembersihan pada ruangan kargo. Foto Maritim Malaysia.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bersauh secara haram, empat kapal tangki ditahan di perairan Johor
Empat kapal tangki itu dikendalikan oleh 43 kru terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Thailand dan Singapura.

Kapal kargo Vietnam ditahan, bersauh tanpa kebenaran
Nakhoda kapal yang membawa muatan serbuk sisa sawit itu gagal kemuka dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Kapal tangki dari Pontianak ditahan bersauh tanpa kebenaran
Kapal tangki itu telah ditahan sekitar jam 12.35 tengah hari di kedudukan 18.4 batu nautika Timur Tanjung Balau.

Bersauh tanpa kebenaran, kapal tangki asing ditahan
Maritim Malaysia Perak menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di posisi 14.7 batu nautika Pulau Pangkor.

101 kapal dagang bersauh tanpa kebenaran sejak awal tahun ini - APMM
Sebanyak 101 buah kapal dagang tempatan dan asing dari 17 negara telah ditahan APMM kerana kesalahan bersauh tanpa kebenaran.

Kapal dagang ditahan kerana bersauh di luar batas pelabuhan
Maklumat diterima dari Jabatan Laut Lumut menyatakan kapal dagang bernama Sakizaya Ace jenis 'bulk carrier' telah bersauh di luar batas pelabuhan.