KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan beberapa inisiatif, yang dapat memanfaatkan golongan belia dan sektor sukan bagi menghadapi cabaran ekonomi dalam tempoh pandemik COVID-19.
Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif KBS itu sebagai rangkuman tambahan kepada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
"KBS menyambut baik usaha kerajaan dengan mengumumkan PEMULIH, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya dalam kenyataan KBS pada Selasa.
Reezal Merican berkata, KBS turut berbesar hati dengan pengumuman bantuan 'one-off' sebanyak RM3,000 kepada operator dan pengusaha industri sukan.
Jelasnya, ia merupakan satu inisiatif yang akan melegakan operator dan pengusaha industri sukan di seluruh negara, yang telah lama tertekan dengan situasi kawalan pergerakan berikutan penularan COVID-19.
Dalam kenyataan sama, Reezal Merican berkata, terdapat beberapa lagi inisiatif melalui PEMULIH yang boleh dimanfaatkan pengusaha industri sukan yang terjejas, antaranya Geran Khas Prihatin 4.0, Program Subsidi Upah 4.0, moratorium, diskaun dan potongan khas cukai.
Sementara itu, Reezal Merican turut berharap para belia dapat mengambil peluang dan manfaat diberikan kerajaan, menerusi sembilan inisiatif dan bantuan melalui PEMULIH, dalam meringankan beban kehidupan mereka ketika negara sedang berdepan situasi mencabar.
Antara sembilan inisiatif dan bantuan yang dikemukakan kerajaan melalui PEMULIH adalah Bantuan Khas COVID-19 (BKC); penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran; kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra; Bantuan Kehilangan Pendapatan; serta Elaun Mencari Pekerjaan.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan pakej bantuan PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Reezal Merican berkata, KBS turut berbesar hati dengan pengumuman bantuan 'one-off' sebanyak RM3,000 kepada operator dan pengusaha industri sukan. -Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.

PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.

PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam
Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican akan memastikan kawasan itu mempunyai daya huni yang tinggi melibatkan kesemua peringkat golongan.

PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican
Belum sampai masa untuk perkembangan rundingan diumumkan kerana belum dimuktamadkan dua pihak.

Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022).

PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas
Reezal Merican gagal pertahan kerusi Kepala Batas

PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.

Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara
Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan baharu di Kepala Batas dan wilayah utara.

Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan
Jadual penugasan dirombak dengan memanjangkan waktu bertugas anggota daripada 12 jam ke 24 jam.

PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.