Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat isu jumlah yang tinggi melibatkan pelancong dari China dan India yang tinggal melebihi tempoh di negara ini, seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, semalam.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya telah menyerahkan perkara berkenaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk diteliti.
"Ada perkara boleh dijelaskan... Yang penting bila sebut ada (pelancong) tak balik, duduk lebih masa, JIM akan susun (kesan) nak tahu di mana mereka berada.
"Tindakan berdasarkan undang-undang imigresen akan dikenakan terhadap mereka, kita nak pastikan bila seseorang berada di negara ini, mesti berada dalam tempoh dibenarkan oleh JIM," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kepada KDN di sini, hari ini.
Laporan audit semalam menyebut tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lepas.
Menurut laporan itu, berdasarkan data ketibaan sepanjang tempoh berkenaan, daripada 79,799 warga China, didapati sebanyak 76,258 tidak mempunyai rekod tarikh keluar dari negara ini.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata angka mengenai warga China itu adalah kurang tepat kerana mengikut rekod pihaknya jumlah sebenar pelancong China yang masih belum keluar ialah hanya 18,341 individu.
"Perbezaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka masuk menggunakan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) iaitu kemudahan tanpa visa bagi pelawat dari China dan India.
"Kemudian mereka keluar melalui sistem biasa, rekod pas lawatan sosial biasa, ada kelemahan dari segi sistem teknikal, sebab itu ada perbezaan," katanya yang berada pada majlis sama.
Khairul Dzaimee berkata sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Audit Negara dalam masa terdekat untuk mengemas kini jumlah berkenaan.
Sementara itu, mengenai kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, projek bernilai RM385 juta itu dimulakan pada 14 Jun 2014 dan siap sepenuhnya pada 25 Jun lepas dan beroperasi sepenuhnya pada Ogos.
Kompleks itu antaranya dilengkapkan dengan pagar keselamatan jenis 'anti-climb' di keseluruhan kawasannya dan dibantu dengan kira-kira 300 unit kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan mesin pengimbas kargo juga dipasang di laluan kenderaan berat bagi memastikan pemeriksaan lebih rapi dijalankan ke atas semua barangan yang memasuki negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya telah menyerahkan perkara berkenaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk diteliti. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelancong guna eNTRI tetap tertakluk peraturan sedia ada - KDN
Walaupun diberikan kelonggaran, pelancong masih tertakluk kepada semua peraturan, prosedur dan kawalan imigresen.

KDN ambil tindakan pelancong China, India tinggal lebih masa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu pelancong China dan India tinggal lebih masa di negara ini seperti tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018.

eVISA bakal realisasi sasaran 32 juta pelancong ke Malaysia tahun ini - PM
Program visa elektronik (eVISA) yang diperkenal kerajaan sejak Mac bakal merealisasikan sasaran 32 juta orang pelancong ke Malaysia dengan janaan pendapatan lebih RM118 bilion.