KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengenal pasti jumlah individu yang didaftarkan sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tanpa pengetahuan dan kerelaan mereka sendiri selepas isu itu tular di media sosial baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya dalam proses menghubungi mereka yang terbabit bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.
"Kita sudah pastikan jumlah keseluruhan dan akan hubungi mereka seorang demi seorang. Sebelum ini, sistem pendaftaran anggota RELA dilakukan secara manual sebelum dimasukkan dalam sistem kemasukan dan sebab itu kita minta mereka (RELA) supaya menghubungi individu berkenaan untuk tahu siapa orangnya.
"Setakat ini ada dua atau tiga daripada mereka yang dihubungi memaklumkan yang mungkin mereka didatangi seseorang untuk menandatangani sesuatu tetapi kita tidak tahu sama ada tandatangan itu untuk jadi anggota RELA atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pusat beli-belah di Puchong, di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin menyertai RELA supaya mengikuti saluran yang sah dan tidak sewenang-wenangnya menurunkan tandatangan kepada pihak yang meragukan.
BACA: Guru terperanjat nama didaftarkan sebagai anggota RELA sejak 2011
Pada 15 Jun lepas KDN mengarahkan RELA untuk menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan data, berikutan isu tular orang ramai didaftarkan sebagai anggota pasukan itu, tanpa pengetahuan mereka.
RELA dalam kenyataannya sebelum ini menafikan bahawa mereka secara automatik mendaftarkan rakyat Malaysia tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) berkuat kuasa.
Terdahulu, Hamzah turut menjalankan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard PKP di dua kilang di Salak Tinggi dan Dengkil serta pemeriksaan di sebuah pasar raya di Puchong.
Turut hadir dalam operasi itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Pasukan Gerakan Am Datuk Mastor Mohd Ariff dan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Azman Adam.
Sementara itu, mengulas mengenai nama calon jawatan nombor dua dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Hamzah berkata nama calon yang dicadangkan telah dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapatkan perkenan baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021

Hamzah mengingatkan orang ramai yang ingin menyertai RELA supaya mengikuti saluran yang sah dan tidak sewenang-wenangnya menurunkan tandatangan kepada pihak yang meragukan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.

PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
AISSE25 yang bakal berlangsung 20 Jan ini di PICC, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jenayah siber yang sema

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.